Cipta Magis Di Pentas AJL39, Hael Husaini Dan Nadeera Bersinar Penuh Gemilang

Mencuri tumpuan di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) dengan persembahan memukau, Hael Husaini menerima kejutan mikrofon kristal Swarovski, manakala Nadeera menitis air mata kegembiraan semasa latihan. Pada malam acara, Nadeera bergemerlapan dengan gaun merah dan barang kemas Ceres Jewels bernilai RM2 juta, sementara Hael tampil bergaya dengan busana Dolce & Gabbana. Meski kedua-dua bintang Rocketfuel Entertainment ini mengalami insiden kecil semasa persembahan, namun professionalisme mereka tidak tergugat. Momen paling menyentuh adalah ketika Hael menangis menyaksikan persembahan Nadeera. Akhirnya, lagu ciptaan Hael "Bukan Lagi Kita" nyanyian Nadeera menduduki tempat naib juara AJL39, memenuhi impian Nadeera setelah hampir sedekad berjuang...

Read More  

Gaya Sensasi Hael Husaini 'Jampi' Pentas Fesyen Antarabangsa

Mencatat sejarah dalam dunia fesyen antarabangsa melalui kehadiran kali ke-4 di Milan dan Paris Fashion Week FW25, Hael Husaini mencuri tumpuan di pertunjukan jenama mewah Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Zegna, Amiri dan Kenzo. Berkesempatan bertemu dengan pelbagai selebriti antarabangsa. termasuk detik bersejarah bertemu dengan legenda fesyen Giorgio Armani dan sesi foto bersama pelakon Hollywood Ed Westwick serta ikon fesyen Heart Evangelista. Sambil mengukir nama dalam dunia fesyen, Hael tetap fokus pada kerjaya muziknya dengan persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39. Pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk mengejar impian di peringkat global...

Read More  

Hael Husaini Ukir Sejarah, Angkat Martabat Muzik Malaysia Di Pentas Global

Mengukir sejarah cemerlang dalam industri muzik Asia Pasifik melalui kemenangan spektakuler di AACA 24 di Singapura, Hael Husaini, berjaya mengangkat martabat muzik Malaysia ke pentas global. Kemenangan dalam kategori "Best Theme Song", menerusi lagu "Diam" yang merupakan tema muzik untuk drama "My Famous Ex-Boyfriend" amat signifikan kerana berjaya menewaskan pesaing kukuh dari Jepun. "Diam" menembus hati penonton dan juri profesional, bukti kukuh muzik Malaysia berpotensi bersaing di pentas antarabangsa...

Read More  

Tawan Hati Penonton Indonesia, Hael Husaini Dan Nadeera Gemilang Di Pentas Antarabangsa

Persembahan Hael Husaini dan Nadeera mencipta simfoni melalui diplomasi melodi, merentasi sempadan negara yang membelai jutaan hati pada tanggal 29 dan 30 November 2024. Begitu terpesonanya Indosiar dan penganjur Asian TV Awards, mereka menuntut untuk satu lagi pertemuan tambahan pada malam ke-2, dek kerana belum mencukupi untuk memuaskan dahaga penonton...

Read More  

Layak Ke Pentas AJL 39, Hael Dan Nadeera Terus Unggul

Setelah lebih sedekad menanti peluang untuk tampil di pentas AJL, impian Nadeera akhirnya tercapai apabila namanya diumumkan sebagai finalis melalui lagu hitnya, “Bukan Lagi Kita”, ciptaan Hael Husaini dan komposer Iqie Hugh. Manakala bagi Hael pula, penyertaannya dalam AJL39 dengan lagu “Diam” memberi makna yang tersendiri. Mereka berdua telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan berprestij dalam industri muzik Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39)...

Read More  

Nadeera Pilih Rocketfuel Dan Lancar 'Bukan Lagi Kita'

Bagaikan sebuah mimpi, Nadeera teruja mendapat undangan dari Hael Husaini untuk mendendangkan lagu ciptaannya. Menyertai keluarga besar Rocketfuel dalam masa yang sama memberi harapan tinggi buat Nadeera untuk melangkah lebih jauh...

Read More  

'Inilah Kita' Edisi Lagu Merdeka Dari Bintang Rocketfuel

Mendalami senikata lagu mengiringi melodi indah yang memupuk semangat cintakan negara mewujudkan getar terharu pada laungan kita bina, kita impi, kita sabar, kita teguh dan kita bergerak serentak. Dalam degupan megah bersama, 'Inilah Kita' - satu bangsa, satu negara, satu hati...

Read More  

Terbaru Dari Antonim Part I: Hael Husaini Pertaruhkan "Kejora"

Konsep dan arahan kreatif yang ditonjolkan melalui video muzik "Kejora" adalah kelainan yang memaparkan gabungan Hael Husaini dan Qasrina Karim dari sisi berbeza, refleksi cerminan dari melodi lagu dan senikata...

Read More  

Suka Duka 17 tahun Hael Husaini tercatat dalam ‘Antonim Part 1’

Caturan terbaru dari Hael Husaini yang telah dilancarkan seiring bersama 5 buah lagu lain yang tercatat dalam album ANTONIM (PART 1), sebuah naskhah istimewa paling terkini dan paling dinanti-nantikan...

Read More