Keheningan Filem Seram 'Papa' Di Pawagam 2 Januari 2025

'Papa' bukan sekadar filem seram, ia adalah kajian mendalam tentang cinta, pengorbanan dan akibat dari keputusan yang dibuat dalam keadaan terdesak. Ia mengajak penonton merenung tentang harga yang sanggup dibayar untuk melindungi orang tersayang.Menjanjikan perjalanan psikologi mendebarkan, di mana batas antara cinta dan kegelapan menjadi semakin kabur, penonton dibawa ke dalam dunia di mana tidak semua yang kembali adalah seperti diharapkan. Sejauh manakah anda sanggup pergi demi melindungi yang tersayang?

Read More  

Kisah Pendakwa Raya Melawan Ketidakadilan Dalam 'The Prosecutor'

Memaparkan kisah seorang Pendakwa Raya yang berani mempertaruhkan nyawa dan kerjayanya demi membantu seorang tertuduh yang difitnah. Filem ini turut menandakan kejayaan Donnie Yen sebagai pengarah dan penerbit, membawa dimensi baharu dalam kerjaya seninya yang sudah terkenal dengan aksi stunts dan seni mempertahankan diri. Filem yang menggabungkan elemen aksi dan drama undang-undang, membawa penonton dalam perjalanan mencari kebenaran dan keadilan...

Read More  

Reversi: Patah Balik Masa?Jangan Lawan Takdir!

Mencabar dimensi masa dan cinta, 'Reversi' filem terbaru karya sutradara Adrian Teh mengetengahkan naratif sains fiksyen yang dijalin dengan benang-benang emosi manusiawi. Kisah ini mengungkap perjuangan seorang suami yang terhimpit dalam labyrinth penyesalan. Cintanya kepada isteri dan anak lelakinya mendorong untuk melakukan yang mustahil - mengubah lembaran masa lalu demi masa depan yang lebih cerah. Setiap detik menjadi pertaruhan...

Read More  

Filem Seram Kisah Tragis 5 Remaja Terdampar Di 'Pulau Hantu'

Rumah produksi MVP Pictures kembali hadir dengan filem seram terbaru yang merupakan remake 3 filem 'Pulau Hantu' konsisten disutradarai oleh Jose Poernomo. Cukup sukses mencetak Box Office, filem 'Pulau Hantu' yang diproduksi pada tahun 2007, 2008 dan 2012 juga memiliki sosok hantu ikonik dengan mulutnya terbuka lebar, atau lebih popular disebut 'Setan Mangap'. Di versi terbaru, sutradara Ferry Pei Irawan mengambil sudut pandang dari 5 remaja yang tiba-tiba terdampar di pulau tak berpenghuni...

Read More  

Bila Esok Ibu Tiada: Titip Pesan Hargai Setiap Detik Bersama Yang Tersayang

Dari judulnya sendiri mengandungi metafora yang kuat mengingatkan kita bahawa masa bersama ibu tidak kekal selamanya, justeru kita perlu menghargai dan memanfaatkan setiap detik yang ada. 'Bila Esok Ibu Tiada' meneroka tema hubungan ibu dan anak, nilai keluarga, pentingnya menghargai masa bersama orang yang disayangi dan kesedaran akan kekerdipan masa serta kepentingan berkomunikasi dengan kasih sayang...

Read More  

Babah: Kisah Tulus Cinta Seorang Ayah Terhadap Puterinya, Vice Versa

Ayah, pelindung pertama di mata anak perempuan, membekalkan rasa aman sejahtera. Filem 'Babah' menyelam kisah hubungan ayah dan puteri tercinta, kasih tanpa bersyarat, pengorbanan abadi terukir dalam ingatan yang tak ternilai. Setiap babak, setiap cerita, merangkul kisah cinta mati, merekodkan momen yang tak terlupakan antara ayah dan puterinya bak mutiara. Takkan cukup lagu cinta manapun untuk melukiskan...

Read More  

Kisah Gangster ‘Wanna Be’ Sarat Aksi Dan Komedi Dalam Filem 'Sahak Gangster'

Merupakan satu usaha menarik dalam genre aksi komedi di bawah arahan sutradara Dr. Ahmad Idham, filem ini mencerminkan daya tarikan yang masih relevan bagi penggemar filem tempatan dengan menggabungkan elemen intens dan humor, menjadikannya menarik untuk pelbagai lapisan penonton. Mengisahkan Sahak yang terpaksa melarikan diri dari buruan ahli kumpulan dan polis setelah dituduh membunuh ketuanya sendiri...

Read More  

Misteri Klinik Berhantu Dalam Filem 'Lembayung' Adaptasi Kisah Benar

Diadaptasi dari kisah benar yang ditulis oleh Pica dalam sebuah bebenang di Twitter yang pernah menggemparkan dunia maya sekitar tahun 2022 bertajuk "Jin Poli Gigi". Berkisar tentang 2 pelajar yang menjalani latihan praktikal kejururawatan di sebuah klinik yang dipenuhi dengan kejadian mistik selepas seorang pesakit misteri muncul, memaksa mereka untuk membongkar rahsia gelap yang menghantui klinik diberi nama 'Lembayung' tersebut...

Read More  

Kahar: Kapla High Council Padat Koreografi Aksi Intens, Ajak Cegah Buli

Lari dari genre kebiasaan filem Malaysia, KKHC dengan beraninya meneroka beberapa perkara yang membentuk jiwa seorang lelaki jadi memberontak. Padat dengan rangkaian pertarungan memukau, halatuju kreatif dan lakonan luarbiasa menyerlah menjadikannya tontonan wajib bagi peminat siri asal dan antusias filem aksi. Eksplorasi tajam isu buli, kekerasan, kekuasaan, dan kelangsungan hidup - perjalanan biografi asal-usul seorang legenda....

Read More  

Kisah Cinta Seindah Warna Pelangi Di Bario Dalam 'Tegkang'

Dipetik dari perkataan suku kaum Kelabit bermaksud pelangi, berkisah tentang Hanafi, seorang jurugambar, yang stress mencari inspirasi segar, memutuskan untuk beristirehat di sebuah desa di dataran tinggi Bario, Sarawak. Dia bertemu dengan seorang gadis Bario bernama Rinai yang tumbuh besar di sana. Dengan bantuan Rinai, Hanafi dapat mengenal desa Bario dengan lebih baik. Saat persahabatan mereka semakin rapat, Hanafi dan Rinai merungkai rahsia besar yang dijaga rapi sekian lama dan akan mengubah hidup Rinai buat selamanya...

Read More  

Filem 'Jangan Pandang Belakang 2' Kekal Cetus Rasa Seram Untuk Toleh Ke Belakang

Kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan pewaris baru untuk didampingi sekaligus mewarisi kuasa mistik saka itu, namun ada sesuatu yang lain menghalang dan membawa kepada pelbagai kejadian menyeramkan. Sukses mengekalkan nuansa seram yang sama seperti sekuel terdahulu yang mencipta fenomena 17 tahun lalu, kali ini rasa seram dan ngeri yang lebih intens bakal membuat bulu roma meremang...

Read More  

Filem 'Bolehkah Sekali Saja Ku Menangis' Selami Isu Trauma dan Fasa Sembuh Diri

Mengajak penonton untuk menyelami perjalanan emosional Tari, memahami betapa kompleksnya impak kekerasan dalam rumahtangga dan keluarga serta pentingnya sokongan emosional. Dengan visual yang kuat dan cerita yang mendalam, filem ini berusaha menyampaikan pesan tentang pentingnya kesihatan mental, keberanian untuk berhadapan dengan trauma masa lalu dan fasa sembuh diri...

Read More