Detik menuju Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) kini semakin hampir, dan kemeriahan malam berprestij itu bakal disempurnakan dengan pengumuman tema busana rasmi "Black Tie – Stardust Gala". Bertepatan dengan sambutan empat dekad AJL, konsep ini mengangkat elemen elegan, mewah dan penuh prestij, sekali gus mengajak semua tetamu serta penonton menjadi sebahagian daripada malam bersejarah industri muzik tanah air. Selain memberi kebebasan untuk menampilkan gaya paling menyerlah mengikut kreativiti masing-masing, penganjur turut mengingatkan bahawa semua hadirin perlu mematuhi kod pakaian mengikut jantina. Lebih daripada sekadar tema fesyen, "Black Tie – Stardust Gala" menjadi simbol penghormatan terhadap legasi AJL yang terus gemilang selepas 40 tahun...
Read More