Mahu Watak Dominan, Siti Saleha Jelmakan Chempaka Humaira Dalam 'Dia Imamku'

"Dia Imamku" mengisahkan tentang Chempaka Humairah, seorang graduan London yang sombong dan berlidah tajam. Kini bekerja sebagai pengurus di syarikat keluarga, Humairah sering bersikap angkuh kerana rasa tidak yakin dan dahagakan perhatian ibu bapa yang lebih mengutamakan kakaknya. Pertemuan pertamanya dengan Amir (Budin), seorang pemuda kampung yang jujur, menanam bibit kebencian dalam dirinya. Humairah juga bermusuh dengan Dahlia, cucu Nek Bunga. Selepas satu insiden, Humairah mula menyedari keikhlasan hati Amir. Sayangnya, hati Amir telah tertutup, walau sebanyak mana pun Humairah merayu dan memohon kemaafan...

Read More  

Dapur Goodday Perkenalkan Konsep 'Tengok Hari Ini & Esok Boleh Beli'

Program realiti drama masakan pertama di Malaysia diberi judul 'Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton' dengan konsep "Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli" ditayangkan di Astro Ria mulai 1 Mac 2025 pada 5.30 petang sepanjang Ramadan. Program ini menampilkan watak-watak popular dari drama "Khun:sa" iaitu Che Ton (Sherry Alhadad), Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim). Sarimah dan Tuyah yang kembali ke bumi selepas diculik UFO diberi misi oleh lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam 29 hari. Setiap resipi menggunakan susu Goodday, dan penonton boleh membeli hidangan yang sama di bazaar Ramadan Stadium Shah Alam dari 2-29 Mac. Program turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular...

Read More  

10 Sebab Wajib Tonton Episod Akhir 'Curang Tanpa Niat' Malam Ini

Drama viral 2025, "Curang Tanpa Niat" menutup tirainya malam ini. Kisah cinta 3 segi antara watak-watak yang dibawakan Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Digarap oleh pengarah Eyra Rahman, drama ini mengangkat isu kontemporari 'office wife' dan dilema suri rumah moden. Lakonan mantap barisan pelakon, termasuk bintang cilik Qaiszerr Eshan, telah menyentuh hati penonton. Diiringi lagu tema 'Tergamak' nyanyian Nadeera, saksikan episod terakhir drama sensasi ini di Astro Ria (104) jam 10 malam. Boleh ditonton semula melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro Go dan Sooka...

Read More  

Mira Filzah Sebagai Elina Selami Dilema Seorang Isteri Dalam 'Curang Tanpa Niat'

Membawakan watak Elina, bekas profesional memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Mira Filzah menyelami dilema seorang isteri dalam drama 32 episod ini, mengisahkan pergolakan rumah tangga Elina apabila suaminya, Eshaal, terlibat dalam hubungan terlarang dengan rakan sekerja, Astrid. Konflik utama drama tertumpu pada pengorbanan kerjaya demi keluarga, pengkhianatan suami, pergolakan emosi memberi peluang kedua dan cabaran membina semula kepercayaan...

Read More  

'Wasiat' Falah Mengguris Hati Seluruh Malaysia

Malam ini, 19 Disember 2024, tepat jam 10 malam di Astro Ria, tirai akan dilabuhkan buat kali terakhir untuk 'Andai Tiada Dia'. Sediakan tisu dan hati yang kukuh, kerana episod ini dijangka akan membawa penonton melalui rollercoaster emosi yang tidak terduga. Jangan abaikan pesanan terakhir Falah - marilah kita temani Suri dalam perjalanan terakhirnya mencari kebenaran dan keadilan. Dalam episod yang menghancurkan hati setiap penonton, Falah disahkan mati otak, nafasnya kini bergantung pada mesin semata-mata...

Read More