Nada-Nada Bahagia Syawal Wany Hasrita Bergema Dalam 'Raya Telah Tiba'

Penyanyi bersuara merdu, Wany Hasrita, kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single Aidilfitri terbaharu bertajuk "Raya Telah Tiba" terbitan Sony Music Malaysia. Berbeza dengan lagu-lagu balada yang sering dibawakan, kali ini Wany tampil dengan irama yang lebih rancak, ceria dan kontemporari. Karya ciptaan Affan Mazlan ini menggabungkan elemen pop moden, sentuhan Melayu klasik dan nuansa rock yang menjadikannya unik. Lirik yang ditulis oleh Affan dan Danish Noraz menceritakan pengalaman masyarakat Malaysia sepanjang musim perayaan - dari cabaran berpuasa, kesibukan persiapan pulang kampung, hingga keterujaan bergaya dengan pakaian raya baharu...

Read More  

Simfoni Raya Ain Edruce Dan Sherry Alhadad Ungkap Realiti 'Balik Kampung...Gosip Raya'

Personaliti televisyen terkenal, Ain Edruce dan Sherry Alhadad, bergabung dalam lagu Raya baharu "Balik Kampung...Gosip Raya" terbitan Sony Music Malaysia. Lagu 'havoc' ini mengangkat tema gosip dan perbualan Raya dengan pendekatan yang menghiburkan. Dihasilkan dengan kerjasama AEON yang menampilkan koleksi fesyen Raya bertemakan "Seloka Raya - Dari Dulu Hingga Kini", lagu ini akan dilancarkan sebelum Ramadan. Video muzik turut menampilkan Hafiz Hamidun, Vanessa Reynauld, Adrianna Cinta dan Kidd Santhe. Rakaman dipenuhi saat gelak tawa kerana kedua-dua personaliti bukan penyanyi profesional. Lagu ini kini boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify dan YouTube...

Read More  

Jaclyn Victor Senandungkan 'Glorious' Pasca 2 Dekad

Merupakan versi Inggeris kepada hit ikoniknya 'Gemilang', lagu yang juga diberi judul album terbaharu Jaclyn Victor 'Glorious' dilancarkan di bawah naungan Sony Music Malaysia. Album yang dirakam sepenuhnya di Amerika Syarikat ini menampilkan 9 lagu dimana 7 dalam bahasa Melayu dan 2 dalam bahasa Inggeris. Dihasilkan di New York, album ini menggabungkan elemen rock, pop kontemporari dan balada emosi yang menggambarkan perjalanan 20 tahun kerjaya Jaclyn. Dirakam menggunakan teknik dual recording dengan kolaborasi pemuzik antarabangsa, album ini dilancarkan pada 19 Februari 2025. Dengan konsep visual "metamorfosis", album ini boleh didapati dalam format digital dan fizikal, seiring dengan perancangan jelajah konsert di Asia Tenggara bermula April 2025...

Read More  

Kolaborasi Sensasi 3 Nama Besar Industri LUCA SICKTA, KMY KMO & SALAMMUSIK Nak 'Kemana Ni'

Hadir dengan single kontemporari yang mentransendensi batasan konvensional Hip Hop dan Reggae. 'Kemana Ni' karya terkini Luca Sickta, KMY KMO dan SalamMusik mengeksplorasi naratif eksistensial generasi kontemporari melalui orkestrasi sonik memukau. Diproduksi di bawah naungan Sony Music Malaysia, karya ini merupakan manifestasi perjalanan kreatif bermula sejak 2018. Ia menggabungjalinkan elemen muzikaliti distinktif, menghasilkan tapestri sonik meresonansi realiti kehidupan moden, membawakan dimensi introspektif mendalam tentang pencarian makna dalam era digital...

Read More  

Gabung Keunikan Melodi Reggae Dan Tamil, Sasi The Don Suntik Keceriaan Melalui 'Santhosham'

'Santhosham', lagu yang bermaksud 'Kegembiraan' dalam bahasa Tamil dari Sasi The Don menggabungkan rentak reggae dengan melodi Tamil, cerminan budaya Malaysia beragam. Merupakan pra-tonton kepada album akan datang, 'My Perfect Yard', yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Mei 2025 melalui Sony Music Malaysia. Dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, Sasi mahu sebar mesej kegembiraan universal melalui muziknya. Video muzik ditayangkan di YouTube pada tarikh pelancaran yang sama. Album dwibahasa ini menampilkan 7 lagu yang menggabungkan elemen muzik Malaysia, India dan Caribbean...

Read More  

'One More Time' Resonansi Harmoni Vokal Terbaharu KRU

Menyelami roh muzik R&B era 90-an yang menjadi tunjang identiti KRU, "One More Time" mengisahkan perjalanan hati yang terluka, digarap dengan kehalusan melodi yang menusuk kalbu. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry, dan Edry ini sengaja mengekalkan elemen R&B yang menjadi DNA KRU, tetapi membawanya ke dimensi baharu dengan sentuhan moden. 'One More Time' dijangka bakal menjadi salah satu lagu klasik KRU yang akan kekal relevan untuk puluhan tahun yang akan datang. Ini adalah evolusi semulajadi KRU, membuktikan kematangan 3 beradik tersohor ini bagi penyampaian vokal dalam sesebuah lagu...

Read More  

Sinergi Kreatif Hun & Noki 'Untuk Semua Jiwa' Runut Bunyi Filem 'Soloz: Game of Life'

Debut nyanyian Hun Haqeem dalam gandingan istimewa bersama Noki K-Clique untuk OST filem 'Soloz Game of Life' di bawah naungan Sony Music Malaysia mengangkat tema perjuangan dalam dunia e-sukan. Lagu ciptaan Raiden Koh 'Untuk Semua Jiwa' bukan sekadar tentang menjadi juara berseorangan, tetapi untuk semua, begitu menurut Hun. Noki pula menambah, karyanya bertujuan memberi semangat kepada anak muda. Perpaduan vokal 'serak basah' Hun dengan rap Noki menghasilkan karya unik...

Read More  

Persoalan 'Bila Nak Kahwin?' Terjawab Dalam Single Terbaharu Amira Othman

Figura seni tanahair, Amira Othman, tampil dengan single terbaharu 'Bila Nak Kahwin?'di bawah naungan Sony Music Malaysia dan Emiera Othman Ventures. Hasil kolaborasi bersama komposer Iqie Hugh dan Omar K, lagu ini menggabungkan elemen pop moden dengan sentuhan klasik akordion, mengangkat persoalan yang sering dihadapi generasi masakini. Buat pertama kali, Amira turut terlibat dalam penulisan lirik, menjadikan single ini lebih peribadi dan bermakna. Muzik video mengiringinya menggambarkan realiti sosial masyarakat kontemporari...

Read More  

Vanessa Reynauld & Rebel Asia Berpadu Gempur 'To The Finish Line'

Sony Music Malaysia menghadirkan kolaborasi epik antara diva bersuara emas, Vanessa Reynauld, dan bintang hip-hop berbakat, Rebel Asia, dalam single terbaharu 'To The Finish Line', runut bunyi rasmi filem "Soloz Game of Life". Kombinasi elemen EDM pop dengan hip-hop kontemporari,membawa mesej tentang kegigihan mengejar impian dalam dunia e-sukan. Projek ini mencabar kedua-dua artis keluar dari zon selesa mereka, menghasilkan karya yang merentasi genre dan menjanjikan pengalaman muzik yang segar...

Read More  

Senada Dalam Episod Cinta, Khai Bahar Dan Wany Hasrita 'Berbagi Hati'

Membuat kejutan dengan single 'Berbagi Hati' yang menjadi runut bunyi drama "Berbagi Suami", Khai Bahar dan Wany Hasrita menampakkan kematangan selaku artis yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik. Sejak kemunculan sekitar tahun 2016, Khai dan Wany telah membina identiti muzik tersendiri, dan kolaborasi kali ini memperlihatkan kemahiran mereka dalam menyatukan suara senada dalam episod cinta...

Read More  

Stacy 'Menyala' Dalam Siulan Melodi Paling Terkini

Hadir bagaikan puisi bernyawa, siulan melodi 'Menyala' bermula dari bisikan lembut, kemudian meledak dalam dentuman rock menggetarkan. Bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim, Stacy menyulam cerita yang melampaui sekadar lirik. Melodi ini menjelma dari kreativiti murni, terinspirasi oleh kesungguhan dan imaginasi yang tak terbendung. Garapan melodi dalam rentak reggaeton, sentuhan rock, dan jejak dramatik nusantara membentuk simfoni kehidupan. Setiap not adalah jejak perjalanan mahakarya, terus menyala, terus berkobar, terus mengukir makna...

Read More  

'Voodoo' Kekal DNA Muzik KRU, Manfaat Teknologi AI

Kekal dalam nuansa signatur DNA muzik asal KRU, lagu rancak "Voodoo" dipilih sebagai single pertama daripada sejumlah 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album KASET, yang diumumkan pada bulan lalu. Saat pertama kali ritma intro 'Voodoo' menerjah telinga pada riff catchy yang terhasil, serta-merta auto gambaran 3 sosok individu yang menamakan diri mereka KRU terbayang. Sememangnya diakui sangat kental trademark muzik Dance Beat KRU, masih kekal sama hanya dengan sekali dengar. Itulah dia KRU!

Read More