Dominasi Nadeera Kuasai Semua Platform Digital Usai Kemenangan Di Pentas AJL39

Bintang Rocketfuel Entertainment, Nadeera, mencatatkan fenomena luar biasa selepas persembahan memukau di AJL39. Meskipun mendapat naib juara, lagu "Bukan Lagi Kita" nyanyiannya mendominasi semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan iTunes Malaysia. Lagu yang juga menjadi OST drama "Curang Tanpa Niat" ini telah mencapai 5 juta tontonan di YouTube dan menjadi antara tiga lagu Malaysia yang pernah menduduki carta "Spotify Malaysia Daily Top Song". Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan Nadeera sebagai artis digital terlaris masa kini. Menurut Nadeera, ini hanyalah permulaan kariernya dan dia berjanji akan terus memberikan yang terbaik kepada peminat...

Read More  

Cipta Magis Di Pentas AJL39, Hael Husaini Dan Nadeera Bersinar Penuh Gemilang

Mencuri tumpuan di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) dengan persembahan memukau, Hael Husaini menerima kejutan mikrofon kristal Swarovski, manakala Nadeera menitis air mata kegembiraan semasa latihan. Pada malam acara, Nadeera bergemerlapan dengan gaun merah dan barang kemas Ceres Jewels bernilai RM2 juta, sementara Hael tampil bergaya dengan busana Dolce & Gabbana. Meski kedua-dua bintang Rocketfuel Entertainment ini mengalami insiden kecil semasa persembahan, namun professionalisme mereka tidak tergugat. Momen paling menyentuh adalah ketika Hael menangis menyaksikan persembahan Nadeera. Akhirnya, lagu ciptaan Hael "Bukan Lagi Kita" nyanyian Nadeera menduduki tempat naib juara AJL39, memenuhi impian Nadeera setelah hampir sedekad berjuang...

Read More  

Tawan Hati Penonton Indonesia, Hael Husaini Dan Nadeera Gemilang Di Pentas Antarabangsa

Persembahan Hael Husaini dan Nadeera mencipta simfoni melalui diplomasi melodi, merentasi sempadan negara yang membelai jutaan hati pada tanggal 29 dan 30 November 2024. Begitu terpesonanya Indosiar dan penganjur Asian TV Awards, mereka menuntut untuk satu lagi pertemuan tambahan pada malam ke-2, dek kerana belum mencukupi untuk memuaskan dahaga penonton...

Read More  

Layak Ke Pentas AJL 39, Hael Dan Nadeera Terus Unggul

Setelah lebih sedekad menanti peluang untuk tampil di pentas AJL, impian Nadeera akhirnya tercapai apabila namanya diumumkan sebagai finalis melalui lagu hitnya, “Bukan Lagi Kita”, ciptaan Hael Husaini dan komposer Iqie Hugh. Manakala bagi Hael pula, penyertaannya dalam AJL39 dengan lagu “Diam” memberi makna yang tersendiri. Mereka berdua telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan berprestij dalam industri muzik Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39)...

Read More  

Nadeera Pilih Rocketfuel Dan Lancar 'Bukan Lagi Kita'

Bagaikan sebuah mimpi, Nadeera teruja mendapat undangan dari Hael Husaini untuk mendendangkan lagu ciptaannya. Menyertai keluarga besar Rocketfuel dalam masa yang sama memberi harapan tinggi buat Nadeera untuk melangkah lebih jauh...

Read More