Marsha Milan Tafsir Emosi Watak Dhamiah Melalui Vokal Penuh Jiwa Dalam OST 'Tangisan Seorang Pendosa'

Drama bersiri TV3 "Keluarga Itu" semakin memikat penonton melalui jalan cerita menarik dan lagu tema yang menusuk kalbu. "Tangisan Seorang Pendosa" yang dinyanyikan Marsha Milan, dengan lirik oleh Hazama, melengkapkan penghayatan penonton terhadap perjuangan watak Dhamiah (Puteri Balqis). Lagu ini menggambarkan pergolakan jiwa seorang wanita menghadapi kesengsaraan dari orang yang sepatutnya melindunginya. Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, dan Puteri Balqis. Ia mengisahkan tentang keluarga yang dihantui rahsia gelap, dengan watak Dhamiah menjadi fokus utama lagu tema. Lagu ini menonjolkan tema pengampunan diri dan penebusan yang menjadi tulang belakang kisah drama tersebut. "Keluarga Itu" boleh ditonton setiap Jumaat hingga Ahad jam 9 malam di TV3 atau 24 jam lebih awal di Tonton...

Read More  

Konsert Istimewa 'Sumandak Stars' Himpun Bintang Sabahan

7 artis ‘sumandak’ yang masing-masing mempunyai portfolio cemerlang dalam industri muzik diberi penghormatan dan platform dalam sebuah acara yang belum pernah diadakan sebelum ini, istimewa menghimpunkan penyanyi kelahiran Sabah dalam satu pentas untuk hanya 1 malam buat halwa telinga penggemar muzik tempatan. Inilah formula dan kelainan yang bakal dipersembahkan...

Read More  

Runut Bunyi 'Jika Takdir' Mutakhir Dari Marsha Milan

Digelar 'Ratu OST', Marsha Milan hadir dengan cenderahati terkini 'Jika Takdir' yang sekali lagi membuktikan vokal berbisa-nya dalam penjiwaan lagu menyentuh hati yang meninggalkan impak kuat...

Read More