'One More Time' Resonansi Harmoni Vokal Terbaharu KRU

Menyelami roh muzik R&B era 90-an yang menjadi tunjang identiti KRU, "One More Time" mengisahkan perjalanan hati yang terluka, digarap dengan kehalusan melodi yang menusuk kalbu. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry, dan Edry ini sengaja mengekalkan elemen R&B yang menjadi DNA KRU, tetapi membawanya ke dimensi baharu dengan sentuhan moden. 'One More Time' dijangka bakal menjadi salah satu lagu klasik KRU yang akan kekal relevan untuk puluhan tahun yang akan datang. Ini adalah evolusi semulajadi KRU, membuktikan kematangan 3 beradik tersohor ini bagi penyampaian vokal dalam sesebuah lagu...

Read More  

'Voodoo' Kekal DNA Muzik KRU, Manfaat Teknologi AI

Kekal dalam nuansa signatur DNA muzik asal KRU, lagu rancak "Voodoo" dipilih sebagai single pertama daripada sejumlah 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album KASET, yang diumumkan pada bulan lalu. Saat pertama kali ritma intro 'Voodoo' menerjah telinga pada riff catchy yang terhasil, serta-merta auto gambaran 3 sosok individu yang menamakan diri mereka KRU terbayang. Sememangnya diakui sangat kental trademark muzik Dance Beat KRU, masih kekal sama hanya dengan sekali dengar. Itulah dia KRU!

Read More  

KRU Kembali Menerap Revolusi Tergempar Industri

Dengan irama yang menakluk takhta, KRU tersenarai sebagai salah satu kumpulan muzik tempatan yang berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau. Dianggotai 3 adik-beradik ini pernah mencipta pelbagai fenomena sepanjang mereka berkarya di Malaysia dan luar negara. Mereka membina empayar tersendiri, tidak gentar dengan misi walaupun kontroversi dan laungan irama seni KRU takkan pernah mati...

Read More