Setelah 17 Tahun Phua Chu Kang Buat Comeback, Don't Pray Pray

oleh: zizi hashim

Legendaris Gurmit Singh, 59, ternyata lebih dikenali dengan karektor ikonik Phua Chu Kang berhasrat mahu bertemu secara langsung dengan para peminatnya setelah 17 tahun sitkom itu berlalu, sekaligus membawa nostalgia komedi licik serta segar yang tidak pernah mengecewakan. Sekian lama menghiburkan di kaca TV, sitkom asal Singapura berjudul 'Phua Chu Kang Pte Ltd' menembusi tayangan global yang turut boleh disaksikan sehingga ke Malaysia. 

Bermula pada tahun 1997 berlarutan sehingga 10 tahun lamanya, berakhir pada 2007 mencatat rekod sebanyak 167 episod kompilasi dari 8 musim. Seorang kontraktor berambut kerinting, bertahi lalat besar, memakai sepatu boot getah kuning dan selesa bertutur dalam slanga bahasa inggeris yang cukup pekat bunyi 'cina'nya, siapa lagi kalau bukan Phua Chu Kang. 

Sinonim dengan dialog-dialog seperti ‘Don’t Play Play (berbunyi Don’t Pray Pray)’ atau ‘Best in Singapore, JB, and some say Batam’ pula tidak asing dalam kalangan peminat yang sering terpikat dengan aksi komedi bersahaja dari Phua Chua Kang. Oleh yang demikian, dengan bangganya Popcorn Studio Sdn Bhd selaku penganjur membawa ke panggung Phua Chu Kang: The Greatest Show Man.

Seperti judul panggungnya, 'Phua Chu Kang: The Greatest Show Man' ia akan menjadi 2 malam pertunjukan dan hiburan pancawarna yang akan berlangsung secara bersahaja kerana kualiti serta bakat luar biasa yang ada pada pelaku seni Gurmit Singh sebagai Phua Chua Kang. Apabila disebut 'bersahaja' itu tidak bermakna Phua Chu Kang: The Greatest Show Man akan berlangsung tanpa persediaan penuh. Harus dipercayai Phua Chu Kang: The Greatest Show Man akan melakar sejarah tersendiri apabila bakal dipentaskan di HGH Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur pada tanggal 24 dan 25 Oktober 2024 nanti. 

Bermula jam 8 malam, nikmati pertunjukan jenaka yang akan menggeletek hati bersama Phua Chu Kang: The Greatest Show Man. "Selain watak ikonik Phua Chu Kang akan dikembalikan secara langsung dengan baik oleh Gurmit Singh, tentu sahaja plot serta persembahan dalam konsep yang ditonjolkan tidak akan membuat penonton rugi dimana akan terjadi interaktif 2 hala dan penonton bakal terlibat sama sebagai pelakon. Ini akan menjadi 2 malam yang yang luar biasa,” ujar Erik Ong mewakili Popcorn Studio Sdn Bhd.

Phua Chu Kang: The Greatest Show Man akan menjadi medan buat Gurmit Singh bertemu secara langsung dengan peminat setelah sekian lama tidak bersua. Paling membangkit teruja apabila Phua Chu Kang: The Greatest Show Man akan membuatkan Gurmit sepanggung dan sebabak dengan penonton yang hadir. “Tentu sahaja saya tidak sabar untuk kembali dengan sesuatu yang segar tetapi tetap saja menghadirkan aura klasik Phua Chu Kang menerusi Phua Chu Kang: The Greatest Show Man. Bagaimana pementasan ini akan berlangsung dan apa yang akan terjadi, datang dan anda akan mendapatkan sebuah performa yang tidak pernah dijangka.” ujar Gurmit penuh antusias.

Bukan hanya persembahan komedi ‘kosong’, Russell Curtis dihadirkan untuk menghipnotis peminat dengan bakat muziknya yang hebat. Dengar dan saksikan bagaimana genre Folk dan Pop mampu menambah suasana hangat pada hari persembahan. Dan Russell Curtis tidak keseorangan kerana Rizal Van Geyzel akan membuat 2 hari persembahan bertambah kecoh dengan komedi berdiri (stand-up comedy) yang menjadi ‘makanannya’ selama ini. Gabungan pementasan Phua Chu Kang: The Greatest Show Man, muzik yang mengasyikkan dari Russell Curtis dan komedi Rizal Van Geyzel adalah idea terbaik untuk anda habiskan waktu pada 24 dan 25 Oktober 2024.

Temujanji anda perlu segera dibuat kerana tiket bermula RM100 yang dijual sudah laris begitu pantas. Layari laman sesawang www.ticket2u.com.my/pck untuk sebarang pembelian. Buat pembeli awal, jangan terlepas menikmati pembelian 6 percuma 4 tiket. Untuk pembelian tiket korporat dan penaja, boleh hubungi Nataly di talian 012-2597714. 

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan segera tiket Phua Chu Kang: The Greatest Show Man dan jadi sebahagian sejarah pada 24 dan 25 Oktober 2024 yang mengujakan.