Konsert 'Arijit Singh Live In Malaysia' Antisipasi Istimewa November Ini

oleh: zizi hashim

Siap sedialah untuk satu malam penuh keajaiban Bollywood yang tidak akan dapat terlupakan kerana Hitman Solutions, salah satu penganjur konsert terkemuka Malaysia, dengan usahasama Cinestar Events, penganjur konsert terkenal Australia telah bergabung tenaga dengan bangganya mempersembahkan 'ARIJIT SINGH LIVE IN MALAYSIA' pada tanggal 16 November 2024 berlokasi di Axiata Arena, Bukit Jalil. Agenda istimewa ini menandakan kembalinya penyanyi 'playback' tersohor Bollywood yang sangat diantisipasikan.

“Ini adalah ketiga kalinya Arijit Singh datang ke Malaysia untuk tampil setelah hampir 10 tahun, di mana konsert terakhirnya diadakan pada 10 tahun lalu iaitu tahun 2014 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Center dengan respons hangat yang luar biasa." ungkap Rohit Rampal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group. “Banyak penggemar dari seluruh dunia, terutama di Malaysia, telah lama menantikan kembalinya Arijit Singh ke sini, dan saya berharap konsert ini bakal menjadi momen terpaling indah yang akan dikenang sampai bila-bila.” kongsinya lagi.

Kredibiliti Cinestar Events selaku promoter konsert dan pertunjukan Bollywood terkemuka di Australia, yang terkenal berdasarkan portfolio mereka dalam menyelenggarakan acara spektakular yang menampilkan nama-nama terbesar di industri hiburan Bollywood sememangnya tidak diragui. Berbekalkan pengalaman lebih dari 17 tahun dan lebih dari 100 pertunjukan Blockbuster, senarai barisan nama bintang-bintang impresif Bollywood seperti Salman Khan, Sonakshi Sinha, dan banyak lagi legenda lainnya.

Menurut Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Cinestar Events, Yogesh Sharma, "Di Cinestar Events, dengan catatan rekod melebihi 100 acara Bollywood yang sukses di seluruh Australia, kami berdedikasi untuk menyebarkan magis keajaiban Bollywood yang vibrant ke negara-negara disekitarnya. Kolaborasi kami bersama Hitman Solutions, yang begitu relatif keterlibatan dalam kancah acara Bollywood, merupakan bukti komitmen kami memproduksikan bukan sekadar acara biasa-biasa tetapi juga mencorak pengalaman abadi dalam minda kenangan semua. Kombinasi kepakaran kami tergabung bersama passion dan semangat kami untuk menghasilkan acara Bollywood paling spektakular di Malaysia setakat ini.”

Pecinta filem Blockbuster Bollywood seperti 'Dilwale', 'Brahmastra' dan 'Jawan' akan serta-merta mengenali suara istimewa Arijit Singh dari lagu-lagu popular seperti "Janam Janam", "Kesariya", "Gerua" dan "Chaleya". Nikmati muziknya seorang Arijit Singh di hadapan mata secara live dan ianya akan memberi satu momen tidak terlupakan. Baru-baru ini, Arijit Singh telah dinobatkan sebagai artis dengan pengikut paling terbanyak di dunia di platform Spotify, melampaui bintang antarabangsa seperti Taylor Swift, Ed Sheeran dan Drake.

“Konsert ini pastinya akan menjadi acara Bollywood terbesar di Malaysia pada tahun 2024, menampilkan pilihan lagu klasik dan hits popular Arijit Singh yang tak lekang oleh waktu selama satu dekad, memastikan pertunjukan spektakular yang memadukan muzik menakjubkan dengan produksi terbaik,” jelas Rohit.

Berikutan kejayaan konsert mereka baru-baru ini, 'Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia' dan 'Bring Me The Horizon Live Featuring BABYMETAL', Hitman Solutions berazam untuk mengekalkan momentum mereka dan terus komited dalam menyampaikan hiburan luarbiasa kepada pencinta muzik di seluruh Malaysia.

Tiket pra-jualan untuk ARIJIT SINGH LIVE IN MALAYSIA akan tersedia mulai 2 September 2024 (Isnin) jam 12 tengah hari. Jualan tiket am akan dibuka pada hari berikutnya, 3 September 2024 (Selasa) jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com. Kategori tiket termasuk: Perak (RM298), Emas (RM398), Platinum (RM598), Berlian (RM698), VIP (RM788), VVIP (RM988) dan MIP (RM1,188).


Rohit ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung di R Studio, Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada petang 29 Ogos berkongsi kegembiraannya. “Harapan kami agar semua peminat Arijit Singh bersedia membanjiri setiap sudut Arena Axiata dan merasai pengalaman artis Bollywood yang fenomenal ini beraksi. Dengan koleksi lagu terbaharunya, pentas di lokasi lebih besar, kami menjanjikan persembahan yang mempesonakan dan pengalaman yang benar-benar luar biasa!”

Untuk pertanyaan lanjut mengenai ARIJIT SINGH LIVE IN MALAYSIA, sila hubungi talian 012-2655783.