Bila Dua Band Legenda Bersatu: Exists X Slam Bakal Gegar Singapura!

Dua kumpulan legenda muzik Nusantara, Exists dan Slam, akan bergabung untuk konsert perdana di The Star Theatre Singapura pada 29 November 2025. Dibawakan oleh Shiraz Projects, konsert ini membuktikan kedua-dua kumpulan masih relevan meskipun telah lebih dua dekad dalam industri. Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shiraz, menyatakan bahawa konsert ini adalah penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh Exists dan Slam dalam dunia muzik. Peminat berpeluang mendengar secara langsung lagu-lagu popular seperti "Mengintai Dari Tirai Kamar", "Gerimis Mengundang", "Oh Ibu", "Jesnita", "Tak Mungkin Berpaling" dan "Rindiani". Tiket berharga antara SGD88 hingga SGD258 boleh dibeli mulai 26 Mac 2025 melalui www.sistic.com.sg. Kedua-dua kumpulan berharap konsert ini akan meninggalkan kenangan manis buat para peminat...

Read More