Jelajah 2 Kota Di Malaysia, Bernadya Umum Tour 'Untungnya, Untungnya' 2025

Bernadya dan Juni Concert telah mengumumkan jelajah "Untungnya, Untungnya" di Malaysia pada 13 Mac 2025. Dua lokasi persembahan telah ditetapkan: Zepp, Kuala Lumpur (13 Julai 2025) dan KDAC Hall, Kota Kinabalu (19 Julai 2025). Juni Concert berkolaborasi dengan Sembangkari sebagai rakan penganjur. Bernadya menyatakan kegembiraannya kembali ke Malaysia dan mengajak peminatnya "Bersenadya" untuk menikmati persembahan lengkap dari mini album dan album pertamanya. Peminat digalakkan mengenakan pakaian berwarna cerah sebagai simbol meninggalkan fasa gelap kehidupan. Jelajah ini turut menampilkan kolaborasi dengan Adrian Khalif, yang akan membawakan set istimewa. Tiket akan mula dijual pada 15 Mac 2025 di www.myticketempire.com..

Read More  

'Teristimewa Di Kuala Lumpur' Dari Raisa Khas Untuk Semua

Semua mata tertuju kepada Raisa, ke mana pun dia melangkah kerana dialah bintang yang teristimewa bakal menghidangkan cerminan sempurna konsert paling ditunggu-tunggu pada tanggal 3 November 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur. Kharisma Music dengan bangganya mengumumkan keindahan di balik semua cahaya dan garis-garis pembingkai Raisa supaya dunia tahu keelokkan yang teristimewa bakal terungkai...

Read More  

Dari Planet Lain, Sal Priadi Langsung 'Zuzuzaza' Ke Kuala Lumpur Demi Konsert Istimewa

Tidak sabar rasanya mahu berdansa samba bersama-sama Sal Priadi meski nanti tiada suara bongonya, semua boleh ramai-ramai buat sendiri bunyi-bunyian yang akan dikarang mengikut giliran pada malam konsert nanti. Akan Sal Priadi usahakan setiap seorang terhibur paling maksima meski tampak sederhana dari luar tapi kuat dan muat dengan nada yang diracik begitu romantis penuh wangi-wangian. Mungkinkah kalian semua mampir 13 Oktober?

Read More