Dilema Cinta Kontrak, Drama 'Calon Isteri Buat Suami' Bawa Konsep Unik Di Slot Akasia TV3

"Calon Isteri Buat Suami" memaparkan kisah Haizi, seorang wanita yang kecewa dengan putusnya pertunangan, nekad membina kehidupan baharu di Kuala Lumpur. Takdir membawanya bertemu Datin Yasmin yang menawarkan perjanjian ganjil - Haizi boleh berkahwin dengan anaknya, Nazim, dengan syarat dia perlu mencari pengganti yang lebih layak untuk menjadi isteri Nazim sekiranya dia mahu bebas. Apa yang bermula sebagai perkahwinan kontrak berubah menjadi ikatan cinta sebenar. Namun, kemunculan Dayana, sepupu Nazim, membawa tuduhan yang menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Keadaan menjadi lebih kompleks apabila Haizi hamil di tengah-tengah badai konflik ini. Diarahkan oleh Bahri Umar dan dibintangi Siti Hariesa dan Jazmy Juma, drama 25 episod ini akan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 April 2025, setiap Isnin hingga Jumaat...

Read More  

Senyawa: Drama Konflik Pengorbanan Terlarang Ibu Tumpang

Perihal konflik rumahtangga seorang wanita yang menghidap penyakit ‘Cervical Insufficiency’, tekad untuk mendapatkan khidmat 'ibu tumpang' atas desakan ibu mertuanya. Isu yang diketengahkan sangat berat berkaitan hukum halal haram sehingga berlaku pergolakan jiwa dan, permainan emosi dari seorang yang dominan, pada masa yang sama sangat rapuh hatinya...

Read More  

Perjalanan Iman Dan Cinta Sejati Dalam 'Satu Hari Nanti'

Dapatkah cinta mengatasi perbezaan agama? Ikuti kisah perjalanan Noah Lee , seorang pemuda mualaf yang menghadapi patah hati dan mencari makna hidup, menemukan hiburan dalam kerja amal, membawanya terus kepada perkenalan dengan Marissa Safiyyah, wanita Muslim yang penuh semangat dan berdedikasi...

Read More