Iftar Silaturrahim Bersama, Soma Lancar Lagu 'Aku Tetap Raya'

Sebagai tanda apresiasi terhadap insan-insan yang tidak pernah jemu menyokong evolusi artistiknya, penyanyi Soma telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakan media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur sebagai platform pelancaran lagu Raya terbarunya, "Aku Tetap Raya". Lagu ciptaan Belle Fattah, Adinda Amiro dan Soma ini menampilkan tema keceriaan Aidilfitri dengan melodi riang. Video muziknya menampilkan penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim dan model Zahnita. Soma yang baru melancarkan album "Perjalanan" berharap lagu ini akan menyemarakkan sambutan Syawal. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan video muzik rasmi "Aku Tetap Raya" yang akan tersedia di semua platform digital mulai 14 Mac 2025...

Read More  

Soma Merangkul Legasi S. Atan Menerusi 'Perjalanan'

Manifestasi 'Perjalanan' artistik seorang Soma atau nama asalnya Rosmah S.Sengari yang merentasi masa, menghubungkan 2 generasi komposer tersohor tanahair dipersembahkan dalam bentuk mini album memuatkan 5 buah lagu baru dan mesra telinga. Bukan sekadar koleksi lagu, album yang diberi judul 'Perjalanan' ini adalah jambatan antara legasi dan inovasi, menghubungkan karya terakhir legenda Allahyarham Datuk S.Atan dengan sentuhan kontemporari Belle Fatah...

Read More