oleh: zizi hashim
Filem aksi epik tempatan, 'Blood Brothers: Bara Naga' terus mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan RM29.9 juta dalam tempoh hanya 7 hari tayangan dan tayangan awal – menjadikannya filem tempatan dengan kutipan pembukaan tertinggi tahun ini! Diarahkan oleh 2 nama besar dalam dunia pengarahan, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini terbukti bukan sekadar sebuah karya hiburan semata-mata, tetapi naskhah penuh emosi, aksi dan nilai persaudaraan yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Rekod Hebat di Panggung – RM9.2 Juta dalam 2 Hari Pertama!
Dilancarkan secara rasmi pada 8 April lalu, 'Blood Brothers: Bara Naga' telah mengutip RM9.2 juta hanya dalam 2 hari pertama tayangan rasmi dan tayangan awal. Sehingga kini telah mencatat RM29.9 juta!!! Tayangan filem ini merangkumi lebih daripada 170 pawagam seluruh Malaysia, menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling luas. Negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu muncul sebagai lokasi dengan jumlah tontonan tertinggi, membuktikan bahawa sambutan terhadap karya tempatan berkualiti terus mendapat tempat di hati penonton dari pelbagai latar belakang.
Kualiti Produksi yang Dipuji Ramai
Filem ini menggabungkan visual bertaraf antarabangsa, lakonan mantap, serta skrip yang kuat dan sarat emosi, menjadikan setiap adegan penuh impak. Bukan hanya penonton awam, pengulas filem profesional turut memberikan ulasan yang sangat positif:
Jelajah Bara Naga: Dekati Peminat Seluruh Negara
Bagi menyemarakkan lagi kehangatan, siri Jelajah Bara Naga telah menjelajah ke beberapa lokasi utama seperti Johor, Melaka dan Lembah Klang, dan kini bersiap sedia untuk bertemu peminat di Sabah hujung minggu ini. Sambutan yang cukup hangat di setiap lokasi jelas menunjukkan keterujaan peminat terhadap karya ini.Acara jelajah ini turut menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan pengarah, menjadikan pengalaman tontonan lebih dekat dan bermakna buat peminat setia filem tempatan.
'Blood Brothers: Bara Naga' – Kebangkitan Filem Aksi Malaysia
Gabungan aksi mendebarkan, emosi yang menyentuh, dan nilai kekeluargaan yang kuat menjadikan Blood Brothers sebagai filem yang lengkap dan penuh jiwa. Ia membuktikan bahawa filem tempatan mampu bersaing dari segi kualiti dan impak visual, sekali gus menaikkan martabat industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Kini Ditayangkan di Pawagam Seluruh Negara!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri naskhah yang sedang mencipta sejarah ini. Ayuh serbu pawagam berdekatan, dan rasakan sendiri bara, ledakan emosi dan intensiti tanpa henti dalam 'Blood Brothers: Bara Naga'
Utamakan Filem Malaysia!
Teruskan sokong filem lokal – kerana kisah kita, suara kita, dan aksi kita juga mampu gegarkan dunia!