oleh: zizi hashim
Hadir dengan drama terbaru 40 episod diberi judul 'Ternayata Sebuah Bahagia, Astro mempersembahkan karya terbitan Suhan Movies yang memaparkan kisah seorang lelaki yang hampir dijemput ajal, diberi peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan dan kini berhadapan cabaran dalam membimbing keluarganya. Drama bersiri ini bakal memulakan tayangan perdana di slot Tiara, pada 23 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan strim menerusi platformOn Demand, Astro GO dan sooka.
Dibawah arahan sutradara Nur Ain Sharif dan Ejump Mohd, ‘Ternyata Sebuah Bahagia’ adalah penceritaan penuh emosi berkisah tentang rumahtangga yang sarat dengan pesanan, tentang cabaran seorang lelaki dalam membimbing keluarganya yang sudah tersasar jauh dari landasan agama. Elemen cinta 3 segi dan konflik kekeluargaan menjadi tunjang utama dalam naskhah ini. Dibintangi oleh pelaon handalan seperti Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Datin Jeanice, Zamarul Hisham sebagai Datuk Zamani dan juga Datin Elvina Mohamad sebagai Rhea, kisah konflik kekeluargaan ini turut menampilkan runut bunyi rasmi "Perisai Cinta" nyanyian Liza Hanim untuk menghiasi karya ini. Drama ini turut dibantu Dewi Remaja Myra Afrina dan Lorenzo Irmann.
“Ternyata Sebuah Bahagia menampilkan barisan pelakon hebat, dan penulisan naskhah skrip yang mantap dan solid, yang mampu mendidik dan menghibur penonton dalam masa yang sama. Kisah rumah tangga yang digarap baik oleh pengarah beserta konflik yang mencengkam semestinya meruntun jiwa penonton. Kami mendengar permintaan penonton yang ingin melihat gandingan bersama Che Puan Sarimah Ibrahim dan Zamarul Hisham, ditambah dengan penglibatan Datin Elvina Mohamed yang disukai penonton Tiara melalui drama panjang sebelum ini.” ujar Idlan Zahari selaku Pengurus Saluran Astro Ria.
Nur Ain Shariff & Ejump Mohd yang merupakan sutradara kepada drama ini berkata “Kita sedia maklum apa sahaja perkara yang terjadi dalam masyarakat kemudian diterjemahkan semula dalam bentuk penceritaan dan narasi dramanya pasti akan menarik minat para penonton. Saya berharap penonton menikmati naskah ini sebaiknya dan akan lebih menghargai keluarga mereka selepas menonton drama ini. Selain dari mesej-mesej berunsur keagamaan, kewibawaan karektor seorang ayah dalam memulihkan kembali keluarga yang sudah berantakan menjadi kekuatan drama ini.”
‘Ternyata Sebuah Bahagia’ mengisarkan Datuk Zamani yang hampir menemui ajal selepas diserang Angin Ahmar ketika di kelab malam. Susulan dari peristiwa tersebut, keluarganya berpecah belah. Setelah dirinya kembali sembuh, Datuk Zamani mula mengubah gaya hidupnya dan banyak mendalami ilmu agama. Perubahan drastik Datuk Zamani memberi kesan kepada isterinya Jeanice yang tidak pernah diberikan pendedahan sejak mula memeluk agama Islam. Namun Jeanice mulai sedar dan perlahan-lahan menuruti kehendak agama. Rhea pula telah dipinang oleh Jeanice untuk menghalang suaminya dari berkahwin dengan perempuan lain. Namun Rhea mempunyai niat tersembunyi apabila dia bersama bekas kekasihnya cuba untuk menjatuhkan perniagaan dan juga keluarga Datuk Zamani.
Siri drama terbaharu Astro ‘Ternyata Sebuah Bahagia’ akan mula bersiaran pada 23 September 2024 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, strim di Astro GO dan juga sooka. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.