Putri Rayhana, graduan undang-undang, hidup bersama ibu yang mengalami kecelaruan mental dan nenek yang tegas setelah kematian mendadak ayahnya. Demi membiayai rawatan ibunya, Rayhana terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Faris Alfian, pewaris syarikat hartanah terkemuka. Di sebalik persetujuan ini tersembunyi agenda Hanum, ibu Faris yang manipulatif, yang menyasarkan tanah strategik milik keluarga Rayhana. Perkahwinan mereka menjadi lebih rumit apabila terbongkar bahawa Faris telah berkahwin secara rahsia dengan Izara, pembantu peribadinya. Ketika Rayhana berusaha menguruskan harta pusaka keluarganya, dia menemui dokumen-dokumen mencurigakan yang menghubungkan Hanum dengan kematian ayahnya...
Read More