Materialists: Meneroka Dilema Cinta Antara Kesempurnaan Dan Realiti Di Kota New York

Di tengah kecemerlangan dan hiruk-pikuk kota New York, kisah seorang pencari jodoh profesional muda bertembung dengan realiti cinta yang kompleks dalam filem terbaru Celine Song. Dakota Johnson memegang watak utama sebagai wanita berambisi tinggi yang tersepit antara 2 pilihan sukar – pasangan baharu yang sempurna secara luaran (Chris Evans) atau kembali kepada bekas kekasih yang penuh kecacatan namun mungkin lebih sesuai untuknya (Pedro Pascal). "Materialists" bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi renungan tajam tentang nilai materialisme dan keinginan sentiasa mahukan yang lebih baik dalam hubungan moden. Dengan latar kehidupan mewah Manhattan dan konflik dalaman yang universal, filem ini menjanjikan perjalanan emosi tentang bagaimana kita mentakrif kesempurnaan dalam cinta. Jangan lepaskan tayangan eksklusif di pawagam bermula 28 Ogos 2025, hasil arahan pengarah yang pernah dinominasikan Anugerah Akademi, Celine Song...

Read More