Dilema Cinta Kontrak, Drama 'Calon Isteri Buat Suami' Bawa Konsep Unik Di Slot Akasia TV3

"Calon Isteri Buat Suami" memaparkan kisah Haizi, seorang wanita yang kecewa dengan putusnya pertunangan, nekad membina kehidupan baharu di Kuala Lumpur. Takdir membawanya bertemu Datin Yasmin yang menawarkan perjanjian ganjil - Haizi boleh berkahwin dengan anaknya, Nazim, dengan syarat dia perlu mencari pengganti yang lebih layak untuk menjadi isteri Nazim sekiranya dia mahu bebas. Apa yang bermula sebagai perkahwinan kontrak berubah menjadi ikatan cinta sebenar. Namun, kemunculan Dayana, sepupu Nazim, membawa tuduhan yang menggugat keharmonian rumah tangga mereka. Keadaan menjadi lebih kompleks apabila Haizi hamil di tengah-tengah badai konflik ini. Diarahkan oleh Bahri Umar dan dibintangi Siti Hariesa dan Jazmy Juma, drama 25 episod ini akan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 April 2025, setiap Isnin hingga Jumaat...

Read More