Mengakui cabaran untuk kekal relevan selepas 20 tahun dalam industri, terutama selepas fenomena "Episod Cinta" yang melonjakkan namanya pada usia 15 tahun, Naqiu meletakkan harapan tinggi pada karya terbaru Ajai. Meski telah mengeluarkan 7 single sejak 2020, termasuk "Sinar Kedua", "Masih Ada", dan terkini "Maki" (2024), Naqiu masih mencari formula tepat untuk mengukuhkan kedudukannya. "Khayalan", yang diterbitkan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) Muzik dan Indigital Music, menggabungkan kepakaran Ajai dengan sentuhan lirik Wit Mohsen dan aransemen Sharon Paul untuk membawa nafas baharu dalam kerjaya Naqiu. Beliau meletakkan harapan tinggi terhadap kolaborasi ini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tanahair...
Read More