Luahan Jiwa Tulus Arish Mikael Terserlah Dalam 'Antara Puisi Dan Rautmu'

Kembali dengan single baharu berjudul "Antara Puisi dan Rautmu" terbitan Luncai Emas, Arish Mikael menggambarkan perasaan seorang seniman yang jatuh cinta, dengan "puisi" melambangkan jiwa seni yang terinspirasi oleh keindahan menerusi lagu ini. Dicipta sejak zaman persekolahan dan awalnya dirakam secara DIY di YouTube, versi studio kini dihasilkan dengan bantuan Hidayat Pitahati sebagai penerbit utama, dibantu oleh Izzat Ramayan dan Faliq Mohd sebagai jurutera bunyi. Arish yang dipengaruhi oleh ikon seperti P. Ramlee, Mamat Khalid, dan kumpulan Search, menggambarkan pendekatan lagu ini sebagai "pop dengan semangat rock n roll". "Antara Puisi dan Rautmu" akan dilancarkan di semua platform digital pada 21 Februari 2025, bersama visualizer di YouTube...

Read More  

Showcase Istimewa 'Antara Puisi Dan Rautmu' Single Terbaru Dari Arish Mikael

Istimewa sempena pelancaran single terbaru Arish Mikael, 'Antara Puisi dan Rautmu' di Liberal Latte, Bukit Damansara pada 13 Februari 2025, sebuah showcase akan berlangsung seminggu lebih awal dari tarikh pelancaran digital pada 21 Februari, memberi pengalaman eksklusif kepada peminat tegar Arish. Bermula jam 9 malam, showcase ini turut menampilkan persembahan pembuka dari band Liqorish. Dengan tiket berharga RM35, pengunjung berpeluang menikmati persembahan live single terbaru Arish bersama beberapa lagu popular yang diinterpretasi semula dalam suasana intim Liberal Latte. Acara ini merupakan hasil kerjasama Luncai Emas, Hired Hand dan Liberal Latte. Tiket boleh didapati di liberallatte.my...

Read More