oleh: zizi hashim
Dibawakan khas oleh VVST Digital Creation, ikon legendaris muzik Bollywood yang cukup terkenal dengan gelaran 'Raja Melodi' bakal menemui para peminatnya di ibu kota, Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024. Konsert eksklusif 'Udit Narayan Live In Kuala Lumpur 2024' akan membawa para peminat lagu Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-an sehinggalah ke hari ini. Sejumlah lebih dari 25,000 buah lagu dalam 36 bahasa telah dinyanyikan oleh Udit Narayan sepanjang lebih 3 dekad kegemilangan kerjayanya. Udit Narayan sangat terkenal dengan suara yang dipinjamkan kepada 3 King of Khans Bollywood iaitu Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan serta pelakon-pelakon yang lain.
Di antara lagu-lagu ikoniknya, "Papa Kehte Hain", penampilannya dalam film "Qayamat Se Qayamat Tak" tidak hanya melambungkan namanya, tetapi juga membuahkan fenomena muzik yang luarbiasa dalam kancah muzik Bollywood sehingga mendapat gelaran 'Penyanyi Playback Bollywood'. Udit Narayan yang kini telah berada di usia emas 68 tahun, masih kelihatan segak dan lebih muda dari usia sebenar merupakan satu-satunya penyanyi lelaki dalam sejarah 'Anugerah Filmfare' di India yang memenangi lebih dari 3 dekad iaitu tahun 1980-an, 1990-an, dan 2000-an. Udit Narayan dikhabarkan begitu teruja dan berkobar-kobar dengan kedatangan semula ke Malaysia setelah kali terakhir ke benua ini pada 12 tahun yang lalu di skala yang lebih besar.
Konsert eksklusif 'Udit Narayan Live In Kuala Lumpur 2024' ini akan menjadi persembahan pertama Udit di Kuala Lumpur sepanjang tempoh 12 tahun terakhir beliau berada di persembahan tertutup di Hotel Istana Kuala Lumpur. Selain teruja untuk kembali ke Malaysia dan berhubung semula dengan para peminatnya di Kuala Lumpur, Udit Narayan yang sebelum ini pernah mengadakan konsert pada taraf antarabangsa seperti di Dubai dan Eropah, bersedia untuk mempersembahkan koleksi lagu hitsnya yang telah mendominasi carta muzik Bollywood. Antara yang paling hits hanya dengan sekali dengar penonton sudah tahu ianya adalah lagu-lagu Udit Narayan seperti "Kuch Kuch Hota Hai", "Koi Mil Gaya", "Tinak Tin Tana", "Mera Mann" dan banyak lagi.
Bagi menambahkan keterujaan peminat, pihak penganjur juga menawarkan peluang kepada mereka untuk menyenarai-pendek beberapa lagu pilihan menerusi kempen dan pertandingan yang diaturkan di bulan-bulan akan datang. “Semoga peminat Udit dapat turut serta dalam pemilihan lagu. Kami juga akan terus membuat pengumuman dari semasa ke semasa agar terus melibatkan peminat dalam perjalanan persediaan konsert ini. Untuk itu kami minta para peminat untuk kekal bersama kami,” kata Muhamad Dzul Hilmi Zainol selaku Pengarah First Picture Sdn Bhd ketika ditemui pada petang sidang media pengumuman konsert tersebut yang berlangsung di 7 Love Event Hall pada 24 September lalu.
“Kami akan pastikan semua penonton akan mendapat peluang yang baik untuk menonton dan menikmati perjalanan konsert Sepanjang 3 jam itu. Kami juga mohon anda membeli tiket secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekecewaan akibat kelewatan atau kehabisan tiket,” kata Pengasas dan Pengarah VST Digital Creation, Vigneswaran Sinniah. Untuk makluman, harga promosi awal atau early birds hanya sah dari 24 hingga 30 September 2024 sahaja. Jualan tiket untuk konsert Udit Narayan Live in KL dibuka pada hari ini, pukul 4 petang menerusi platform My Ticket Asia dan turut boleh dibeli dengan menghubungi penganjur di vvstdigital@gmail.com
VVST Digital Creation menyediakan beberapa pilihan tiket iaitu pakej eksklusif iaitu MIP pada harga RM1,466 (promosi awal RM1,266), VVIP pada harga RM1266 (harga promosi RM1,066) dan VIP pada harga RM1,022 (harga promosi RM888). Selain itu, turut dibuka untuk jualan ialah tiket dari pakej Diamond 1, RM525 (harga promosi RM456), Diamond 2 RM421( h.p RM366), Platinum RM345 (h.p RM300), Gold RM294 (h.p RM255), Silver RM217 (h.p RM188) dan Bronze RM148 (h.p RM128).
Diskaun awal (Early bird discount) dari 24 September 2024 – 30 September 2024), Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari: My Ticket Asia di https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com