Ikon Legenda R&B 'Boyz II Men' Kembali Jejak Kuala Lumpur 25 Mei 2025

oleh: zizi hashim

Katalog sensasi ikonik muzikaliti melalui variasi hits seperti "End of the Road", "I'll Make Love to You", "On Bended Knees", "One Sweet Day" dan banyak lagi, Boyz II Men telah mentakrifkan semula R&B dengan bunyi-bunyian yang terus merentas generasi. Sejak tertubuh pada tahun 1985, vokal harmoni acapella dendangan trio Boyz II Men cukup terkenal dengan balada emosi yang memikat jutaan peminat di seluruh dunia, menjadikan mereka kumpulan R&B terlaris sepanjang zaman dengan album terjual melebihi 64 juta unit. Kombinasi keharmonian penuh perasaan dengan tema berkekalan membuatkan peminat kembali untuk bertemu mata dengan mereka. Tambahan pula dengan terlahirnya album baru mereka telah mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa muzik mereka tetap relevan dan masih dicintai sehingga saat ini sama seperti dulu.

Justeru, sila set reminder pada kalendar anda! Legendaris R&B, Boyz II Men, akan datang menjejak kaki ke Kuala Lumpur pada tanggal 25 Mei 2025 bagi mengadakan persembahan di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Shiraz Projects, konsert ini menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan dengan rangkaian lagu-lagu popular R&B, nostalgia dan muzik epik yang tidak dapat dilupakan serta mempamerkan kejayaan terdahulu mereka menduduki puncak carta teratas selama lebih 30 tahun. Dengan daftar penghargaan yang panjang, kenaikan mereka menuju sukses adalah mimpi menjadi kenyataan yang dimungkinkan oleh kerja keras, ikatan persaudaraan dan bakat yang tak terbayangkan serta keinginan untuk terus meningkatkan penampilan live dan rakaman harmoni dalam kembara muzik mereka.

"Kami sangat teruja untuk kembali ke Asia dan membawa pengalaman Boyz II Men ke Kuala Lumpur." kata Shawn Stockman. "Energi dan kemesraan daripada peminat kami di Malaysia tidak seperti yang lain." Pernah merangkul 4 Anugerah GRAMMY®, 9 Anugerah Muzik Amerika, 9 Anugerah Soul Train, 3 Anugerah Billboard dan Anugerah MOBO 2011 untuk ‘Outstanding Contribution to Music’, kemeriahan penganugerahan Boyz II Men tiada tandingannya. Mereka juga menerima Hollywood Walk of Fame dan Casino Entertainment Award untuk The Mirage Resort and Casino di Las Vegas, yang dilancarkan pada 2013. 

Para peminat di Kuala Lumpur boleh mengantisipasikan sebuah malam dengan lagu- lagu hits Boyz II Men, termasuk "Motownphilly", "I'll Make Love to You" dan "End of the Road", di samping lagu-lagu baharu dan kejutan yang menarik. Album 2011 mereka yang berjudul Twenty, meraikan 2 dekad keterlibatan mereka dalam industri muzik, menandakan kembalinya mereka kepada material asal dan mendapat sambutan hebat, memulakan debutnya di #20 di Billboard Top 200 dan memperoleh pujian untuk gabungan lagu klasik dan segar. Album 2014 mereka Collide mempamerkan bunyi baharu untuk kumpulan itu, dengan lagu-lagu seperti "Better Half" dan "Diamond Eyes" dipaparkan pada rancangan popular seperti The Bachelorette.

Pastinya konsert Boyz II Men menjadi lebih istimewa kerana ianya menjanjikan lebih daripada sekadar muzik. Khalayak boleh mengharapkan persembahan berkarisma, harmoni yang memukau dan beberapa kejutan yang tidak dijangka apabila kumpulan itu membawa bunyi R&B signatur mereka ke pentas dengan sentuhan kontemporari. Ini adalah satu konsert yang anda tidak boleh ketinggalan!

Tiket dijual mulai 10 Oktober 2024, jadi nantikan informasi terkini dan pengumuman dengan mengikuti akaun Shiraz Projects di media sosial. Siapkan diri anda untuk malam yang penuh semangat, keghairahan, dan keajaiban muzik tulen dengan Boyz II Men Live di Kuala Lumpur!

Harga tiket: RM 995 (Diamond - Seated), RM 795 (Platinum - Seated), RM 695 (Gold - Seated), RM 495 Silver – Seated), RM 355 (Bronze Seated)