oleh: zizi hashim
“Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel dan persembahan. Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert "All-StarShow" yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan Moden Drum, Latin, World & Etnik Percussion dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan.” ujar dari Jin dari JS Music.
Festival yang akan berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM ShahAlam, Selangor ini merupakan satu festival muzik yang penuh warna-warni, membawa bersama pelbagai alat muzik Drum, Gendang dan Perkusi, demi mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni. Akan bermula dari jam 10 pagi sehingga 11 malam, manakala Gala Konsert All-Star Show akan berlansung pukul 8.45 sehingga 11 malam.
Setelah 10 tahun, JS Music menyatukan barisan pemain dram dan perkusi terkenal di Malaysia untuk Festival of Drum and Percussion Malaysia 2024. Dilihat sebagai festival muzik dinamik yang menghimpunkan instrumen drum dan perkusi beragam, menciptakan ritma dan suara yang mencakupi berbagai budaya dan harmoni. Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato' Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRaja Malaysia dan jemputan khas lainnya.
Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia ini, kita akan menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert"All-Star Show" yang mengkagumkan. Sementara itu pelbagai aktiviti termasuk pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, "mini games", "busking & jamming" dan cabutan bertuah turut berlangsung serentak. Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung. “Pemegang "Festival Pass" akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan. “Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja,” ujar Jin lagi.
Dalam Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu hari ini, kita akan menyaksikan 8 x Showcase dengan Sesi Interaktif (45 min setiap sessi) dari jam 10 pagi hingga 6:30 petang dan 1 x Gala Konsert "All-Star Show" yang menampilkan semua artis dan pemuzik (120 min) dari jam 8:45 malam hingga 11 malam.
Penjualan tiket sudah bermula, terbahagi kepada 2 kategori tiket seperti berikut:
Festival Pass [Early Bird] - RM158: Akses kepada keseluruhan Festival, semua showcase dan mini game, termasuk makan malam yang disediakan.
Festival Pass [Normal] - RM188: Akses kepada keseluruhan Festival, semua showcase dan mini game, termasuk makan malam yang disediakan.
Festival Pass [Pelajar] - RM148: Akses kepada keseluruhan Festival, semua showcase dan mini game, termasuk makan malam yang disediakan. * ID Pelajar Diperlukan *
Tiket konsert - RM118: untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja.