Animenia: Perayaan Muzik ACG Tampilkan Kombinasi Fusion-Orkestra Klasik Kontemporari

oleh: zizi hashim 

Dikuasakan oleh MusicWerks Studio dan The Magic Rain, dengan bangga-nya bergabung tenaga mempersembahkan festival muzik Animenia yang dinanti-nantikan. Sebuah festival muzik inovatif yang meraikan perjalanan muzik penampilan khas dari Game dan Anime kegemaran generasi masakini. Perayaan muzik ini menghimpunkan barisan nama-nama penghibur ikonik seiring dengan para pendominasi trending mutakhir industri muzik tempatan. 

Tanggal 27 Julai 2024 telah dipilih, berlokasikan Tropicana Gardens Mall Convention Centra, menjanjikan satu malam merangkumi kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. Acara utama akan menampilkan persembahan muzik orkestra gabungan luarbiasa Orkestra Klasik dan Kontemporari, mewujudkan pengalaman muzikal yang vibrant, energetik dan dinamik khas untuk semua pecinta muzik Anime.

Ensembel line-up 30piece orkestra bergelar Raja Farouk Live (RFL) dibarisi oleh pemuzik baru dari variasi latar belakang muzik Anime, Cosplay dan Gaming scene, bakal naik ke pentas untuk satu persembahan komposisi gabungan eklektik yang menjadi ‘jambatan penghubung’ di antara instrumen tradisional dan moden, dengan impak imaginasi semula muzikaliti dari Game dan Anime yang semakin digemari ramai. 

Festival muzik Animenia ini dibawakan secara eksklusif oleh ilham pemilik MusicWerks Studio sendiri iaitu Sharon Paul, dilihat akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati inovasi dalam satu jeyarawa yang epik. Turut menampilkan persembahan secara live dari kumpulan Rock tempatan inspirasi Jepun iaitu 6 J-Rock Tamashi Band melalui usahasama dengan JRock Malaysia yang akan membawa kepada acara kemuncak pada waktu malam. Selain persembahan konsert, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan termasuklah Cabaran Wasabi yang ditaja khas oleh Sakae Sushi, pertandingan Cosplay dan gerai-gerai kraf seni dari pencipta tempatan.

“Kami berasa sangat teruja untuk membawa format muzik yang inovatif, trending dan penuh kegembiraan ini kepada komuniti. Adalah amat penting untuk merancang dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang.” ujar Sharon Paul ketika ditemui pada sidang media bertempat GSC Tropicana Gardens pada 17 Julai 2024 baru-baru ini. “Animenia mewakili masa hadapan muzik Anime, dimana pelbagai genre dan stail bersatu untuk mencipta sesuatu yang benar-benar unik, memberi inspirasi dan lain dari yang lain. Kami percaya persembahan ini memiliki aura karisma, pengaruh yang kuat untuk menarik crowd datang dan akan memberi impak yang berkekalan kepada semua yang hadir.” sambungnya lagi penuh antusias. 

Oleh itu, festival muzik Animenia bukanlah sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa, tetapi bakal menjadi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan pecinta muzik Game dan Anime tempatan dalam satu tempat. Acara ini diilihat bakal menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan serta menjadi platform yang unggul dalam memperkenalkan bakat-bakat baru. Turut disifatkan sebagai sebuah acara yang bukan sahaja meraikan kepelbagaian muzik tetapi juga menyatukan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat.

Antara Aturcara pada festival Anemia yang telah disusun: 

Susunan Inovatif: Alami pengalaman klasik yang ditata-ulang bersama komposisi terkini, semuanya ditampilkan dengan sentuhan fusion yang menyerlahkan versatiliti dan kreativiti orkestra, diperkayakan lagi dengan instrumen tradisional Er-Hu dan Gu-Zheng dalam ensembel orkestra. 

Memperkasa Pemuzik Tempatan: Menawarkan barisan pemuzik berbakat tempatan dalam komuniti Game, Anime dan Cosplay, menyatukan segudang pengalaman dan semangat untuk eksperimentasi muzik. 

Produksi Seni Canggih: Rekabentuk bunyi dan pencahayaan yang jelas, tajam dan jernih, meningkatkan keseluruhan pengalaman dan membuat penonton tenggelam dalam keasyikan irama. 

Kemunculan Tetamu Istimewa: Komposer dan Produser muzik terkenal, Sharon Paul akan turut sama bergabung dengan orkestra untuk kolaborasi yang tidak terlupakan.

Ini adalah acara muzik pertama yang disokong oleh MyCreative Ventures. Terdahulu, MusicWerks Studio pernah menghasilkan ‘Mimpi Showcase’ dengan kerjasama Rocketfuel yang telah diadakan pada tahun 2022. The Magic Rain pula sangat berdedikasi membawa gelombang perubahan kepada pasaran Game, Anime dan Cosplay yang semakin berkembang melalu idea-idea segar dan tidak konvensional. The Magic Rain sangat terkenal dengan acara signatur mereka, Cosplay Commuter, sebuah acara Game dan Cosplay yang pertama di dalam keretapi. 

“Festival ini merangkumi semangat inovasi dan kerjasama yang mentakrif kedua-dua syarikat ini, dan saya tidak sabar untuk menyaksikan keajaiban berlaku di Festival Muzik ACG 2024 ini.” Ujar Sharon Paul begitu teruja.

Festival akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan tiket berharga RM98 sahaja. Tiket boleh dibeli dari sini https://forms.gle/pqWxAxEzTWaNh5i39 dapatkan segera! Untuk sebarang maklumat lanjut, ikuti Amenia di platform sosial media Facebook, Instagram dan TikTok.