oleh: zizi hashim
Meski Malaysia sangat terkenal di seluruh dunia dengan keenakan masakan kampung dan variasi signatur masakan tradisional yang pelbagai, tidak dinafikan intimasi rasa yang sangat dekat dengan citarasa masakan Thai yang cukup digemari oleh masyarakat tempatan. Justeru, tidak hairanlah jika populariti masakan autentik Thai 'sama naik' dengan kelazatan masakan kampung dan sering menjadi pilihan setiapkali menjamu selera. Atas dasar itulah, Ibis Hotel Kuala Lumpur merasakan signifikan untuk meletakkan emfasis pada promosi pengalaman kulinari Thailand yang asli, dimasak istimewa dari dapur Kampung Kitchen terus ke meja makan, dengan komponen aromatik kuat rempah dan herba segar yang membangkit selera.
Sepanjang bulan November 2024 ini bermula dari 1 sehingga 30 haribulan, Kampung Kitchen menawarkan keseimbangan 5 perisa asas dalam setiap hidangan dan perincian menyeluruh iaitu pedas, masam, manis, masin dan pahit sebagai pilihan dengan harga istimewa. Promosi 'Jom Makan Thai Food' disajikan secara buffet harian Malaysian Delights berharga RM59 pada hari biasa dan RM79 pada hujung minggu, menjadikan pengalaman menjamu selera di Ibis Hotel Kuala Lumpur sebagai pilihan yang sangat berbaloi untuk antusias makanan Thai berkualiti di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.
Dengan memberi emfasis kepada 'Thai Food' sebagai 'highlight' utama yang menampilkan hidangan ikonik beragam, kaya dengan ciri-ciri khas ramuan berharmoni, Kampung Kitchen menawan para tetamu dengan bukan sahaja terletak pada kelazatan air tangan chef hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti dan asli, malahan juga dengan rangkaian layanan mesra dan keaslian aroma autentik menggiurkan yang menyatukan citarasa. Hidangan utama yang tekesan hangat dengan bumbu rempah ratusnya iaitu Kari Ayam Hijau diolah dengan daging ayam empuk dan sayur-sayuran segar.
Terdapat juga Nasi Ayam Khao Mok Thai yang mirip menyerupai nasi biryani namun dimasak dengan sentuhan bumbu khas Thailand, turut disediakan buat pecinta nasi. Hidangan Kari Kambing juga menjadi pilihan dengan daging kambing yang dimasak empuk dalam sos kuah kari pekat yang pedas berempah, sesuai dinikmati dengan nasi atau roti. Selain itu, antara hidangan lain yang memikat selera ialah Pad Thai, hidangan ayam panggang Thai yang popular, beserta nasi putih dengan mangga yang segar. Buffet harian ini dibuka untuk sessi makan tengah hari dan makan malam.
Tidak ketinggalan, pencuci mulut signatur paling popular, manisan Pulut Mangga, memadukan gabungan pulut berlemak dan mangga segar dengan siraman sedikit santan manis, menyempurnakan pengalaman santapan. Kampung Kitchen mengambil inisiatif menggabungkan kombinasi citarasa Malaysia dan Thailand dengan menawarkan pelbagai seleksi hidangan masakan Melayu, Barat dan Cina demi memenuhi selera pelbagai masyarakat. Bagi 'tekak melayu', ada juga hidangan seperti Rendang, Sambal Udang, Ketam Masak Lemak Cili Api serta ulam-ulaman tempatan yang menambah kecur selera. Pilihan sajian Barat tidak dilupakan seperti Pasta, Salad dan Stik. Sementara variasi masakan Cina seperti Ayam Kung Pao, Itik Panggang dan Sup Dumpling turut disediakan.
Apa yang membezakan sajian buffet pada hari biasa dan hujung minggu ialah pada harga yang ditawarkan dan juga masa yang dipanjangkan pada hujung minggu selama lebih 1 jam. Menurut Chef Faridul Aratas Mohd Farid, Chef Eksektutif Kampung Kitchen, yang ditemui baru-baru ini, berkongsi perspektif mengenai visi dan misi restoran dalam menghadirkan variasi kepada pengunjung. “Saya melihat Kampung Kitchen sebagai tempat kami menampilkan keragaman budaya dan makanan Malaysia, sekaligus memperkenalkan masakan autentik dari seluruh dunia kepada pengunjung.” ujarnya penuh antusias. “Dalam setiap promosi, kami berusaha menghadirkan suasana dan citarasa original untuk dinikmati pelanggan.”
Dalam pada itu, Chef Faridul turut memberi penekanan tentang pentingnya variasi menu dan tema yang terus berubah sepanjang tahun, seiring dengan ambisi Kampung Kitchen untuk memberikan pengalaman unik di setiap kunjungan. “Sebagai restoran yang berlokasi strategik di KLCC, Kampung Kitchen berkomitmen menjadikan setiap festival sebagai peluang untuk menarik lebih banyak pelancong mencuba masakan autentik sekaligus mendalami budaya Malaysia.” jelasnya. “Bulan November ini dengan tema 'Jom Makan Thai Food' dan perubahan tema pada setiap bulan, merupakan salah satu cara kami memastikan keberagaman budaya Asia dapat dirayakan di jantung kota Kuala Lumpur ini.” tambahnya lagi sambil tersenyum.
Tanpa perlu terbang jauh, promosi 'Jom Makan Thai Food' ini merupakan pilihan tepat bagi mereka yang ingin merasai masakan Thai asli. Pelanggan boleh enjoy menikmati hidangan buffet Thai yang pelbagai dan berkualiti dalam suasana selesa restoran Kampung Kitchen dengan harga yang cukup berbaloi dan sangat berpatutan. Terletak di lokasi strategik dalam Ibis Hotel Kuala Lumpur, jauh dari hiruk-pikuk bandar, Kampung Kitchen menawarkan tempat yang mudah diakses, membolehkan pengunjung berehat dan menikmati juadah dalam suasana damai dan santai. Restoran ini sesuai untuk kunjungan bersama rakan dan keluarga, menjadikannya pilihan yang ideal untuk waktu makan yang lebih istimewa dan khusus.
Aroma masakan menyelerakan dengan garapan rempah ratus yang menjadi kemestian dalam penyediaan masakan Thai yang kaya dengan rasa aslinya sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan masakan Thai seperti Tom Yam, Pad Thai, Gaeng Tai Pla, Hoi Tod, Khao Yam, Som Tam, dan banyak lagi bergabung dengan citarasa Malaysia di Kampung Kitchen, Ibis Kuala Lumpur City Centre sepanjang November ini.
Promosi ini merupakan sebahagian daripada siri "Malaysian Delights" yang membawakan citarasa autentik hidangan kampung kepada para tetamu hotel dan pengunjung. Suasana yang dihiasi dengan elemen-elemen tropika dan budaya Thai-Malaysia menambahkan lagi keseronokan pengalaman menjamu selera. Bagi mereka yang ingin menikmati masakan Thai yang autentik dan lazat sepanjang bulan ini, kunjungi Kampung Kitchen di Ibis Hotel Kuala Lumpur. Tempahan awal amat disyorkan bagi mengelakkan kekecewaan, kerana promosi ini dijangka menarik ramai pengunjung.
Maklumat Promosi:
– Tarikh: 1 – 30 November 2024
– Lokasi: Kampung Kitchen, Ibis Hotel Kuala Lumpur
– Harga: RM59 (Hari Biasa), RM79 (Hujung Minggu)
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi Kampung Kitchen di Ibis Hotel Kuala Lumpur.
foto kredit: Pa Pa Din