oleh: zizi hashim
Tepat pada masa musim Halloween di bulan Oktober yang seringkali menyeramkan, Dr. Martens dengan bangga mengumumkan pelancaran kolaborasi perdana bersama Wednesday Addams, sekaligus meraikan keunikan gaya tanpa batas ikonik keluarga Addams. Ilham tercetus dari mood estetik dan watak ikonografi yang dilakonkan oleh Jenna Ortega dalam siri TV popular yang diterbitkan oleh MGM Television untuk Netflix. Koleksi 6-piece itu, jelas menyerlah dalam warna signatur 'hitam pekat malam', menawarkan pelbagai koleksi kasut boot, tumit tinggi dan variasi aksesori. Tiada stail terlalu berani, tiada citarasa terlalu niche, dan tentu sekali tiada senyuman diperlukan dalam meraikan tanpa segan silu stail unik 'bukan biasa-biasa' Wednesday Addams.
Meski terlihat angkuh dengan tatagaya, minat dan pendapat tersendiri, Wednesday Addams tidak pernah sesekali ingin menyesuaikan diri, dan dia bangga dengan hal itu. Bukan setakat itu, dia turut mempersoalkan norma sosial dan dengan lantang menyuarakan keinginan untuk melakukan perkara mengikut caranya sendiri. Ciri khas inilah yang dikongsi oleh ramai pecinta Dr. Martens. Mereka telah mengadaptasi kasut jenama ini selama beberapa dekad dan mengubahnya menjadi simbol kehormatan, pernyataan fesyen subversif dan simbol komuniti. Lantikan Wednesday sebagai hero adalah satu kebanggaan, apatah lagi dia sendiri bangga dengan ketidakpatuhannya. Begitu juga dengan Dr. Martens!
BOOT JADON WEDNESDAY
Salah satu koleksi yang paling menyerlah ialah kasut boot Jadon, diperbuat daripada kulit Nappa Lux yang lembut dan halus, dengan sulaman yang diinspirasikan daripada tingkap kaca berwarna siri tersebut. Tali boot turut dihiasi dengan azimat tingkap kaca berwarna yang boleh ditanggalkan, manakala tali belakang boot dicetak dengan logo Akademi Nevermore. Bahagian dalam boot berwarna ungu dengan cetakan Wednesday memegang payungnya, dan tumit boot dihiasi dengan cap embos nama Wednesday .Tapak Quad disatukan dengan jahitan kuning ikonik Dr. Martens, dan gelung tumit diperkemas dengan skrip ungu.
KASUT 1461 BEX WEDNESDAY
Kasut 1461 diperbuat daripada kulit licin dengan cetakan jalur berkilat serta topi jari kaki yang polos dengan perincian jahitan. Elemen aksen ungu ditonjolkan di seluruh kasut, termasuk di gelung tumit, hujung tali kasut, dan azimat tali "SNAP TWICE" yang boleh ditanggalkan. Tumit dicetak dengan teks putih yang berbunyi "OUTCASTS ARE IN." Tapak Bex diperkukuhkan dengan jahitan kuning klasik.
RAMSEY QUAD WEDNESDAY CREEPER
Creeper platform Ramsey menggabungkan bahagian atas baldu dengan tali dan perincian kulit Wanama. Kasut ini mempunyai 2 tali gesper yang boleh disesuaikan, bersama tali reben rata yang boleh dibalut di sekitar pergelangan kaki dan betis mengikut gaya pemakai. Gesper yang digunakan adalah berjenama Dr. Martens dan dihiasi dengan azimat "W," manakala tali berstud melintangi bahagian atas vamp kasut. Bahagian dalam kasut berwarna ungu dengan cetakan Wednesday memegang payungnya. Tapak platform berbaji diserlahkan dengan alur dan dihiasi dengan jahitan kuning klasik.
Terinspirasi dari siri kultus Netflix produksi oleh MGM Television, diolah semula dan dihidupkan dalam koleksi silhouette klasik dan remix Dr. Martens dalam rona hitam malam yang menjadi ciri ikonik Wednesday. Salah satu elemen yang paling menonjol dalam koleksi ini adalah penghargaan berulang kepada tingkap kaca berwarna di bilik asrama Wednesday dan Enid, di mana gaya dan personaliti yang bertentangan wujud bersama,mencerminkan spektrum ekspresi diri golongan orang luar biasa.
LOAFER CORRAN WEDNESDAY
Loafer ini menggunakan kulit Wanama yang ringan dengan kilauan satin dan sulaman yang diinspirasikan daripada tingkap kaca berwarna di bahagian atas kasut. Terdapat tali pergelangan kaki yang boleh laras dengan gesper jenama 2 kali, manakala bahagian belakang tumit dilengkapi cincin logam. Kasut ini juga mempunyai insole SoftWair untuk keselesaan optimum. Tapak bertumit tinggi dengan alur berlebihan dijahit kemas dengan jahitan kuning ikonik.
BACKPACK MINI WEDNESDAY
Beg galas Mini diperbuat daripada kulit Smooth dan Kiev dengan jalur berkilat di bahagian hadapan dan penutupnya. Beg ini menampilkan perincian yang diinspirasikan daripada Wednesday, termasuk tali kulit, gesper berbentuk sarang labah-labah, dan azimat tingkap kaca berwarna bilik tidur Wednesday dan Enid yang boleh ditanggalkan. Panel sisi beg dicetak dengan teks putih yang berbunyi "OUTCASTS ARE IN," manakala lapisan ungu dalaman beg dihiasi dengan logo Akademi Nevermore.
SOCKS KNEE HIGH WEDNESDAY
Stokin panjang hingga lutut ini diperbuat daripada campuran kapas organik. Ia dihiasi dengan jalur hitam dan kelabu, logo ungu Dr. Martens x Wednesday, serta teks putih yang berbunyi "OUTCASTS ARE IN.”
Dr. Martens x Wednesday akan dilancarkan pada 23 Oktober 2024. Dapatkan koleksi terbaru Dr. Martens ini di kedai butik Dr. Martens TheExchange TRX Mall segera!!!