oleh: zizi hashim
Dalam komitmen berterusan terhadap kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar, Getha Bedding (M) Sdn. Bhd. (Getha) telah melancarkan ‘Getha Roadshow’ di 1 Utama Centre Court, bermula dari 6 hingga 11 Ogos 2024.
Dengan kepakaran melebihi 5 dekad, Getha yang berasal daripada perkataan Melayu “Getah,” telah memantapkan dirinya sebagai peneraju dalam peralatan tempat tidur mewah dan mesra alam melalui penggunaan lateks semulajadi 100%. Sehingga 2024, Malaysia merupakan pengeluar utama getah asli global, menyumbang kira-kira 400,000 hingga 450,000 tan metrik setiap tahun. Getha memainkan peranan penting dalam industri ini dengan memanfaatkan susu getah asli, dengan itu menyokong sektor getah tempatan, memupuk pembangunan luar bandar, dan mendorong pengelolaa lestari penanaman pokok getah.
Ketua Perkongsian Strategik di Getha Bedding, Lim Seng Yu berkata, "Menggabungkan kenyamanan dengan keberlanjutan merupakan integral kepada legasi kami. Sejak dari 1969 lagi, Getha telah berdedikasi untuk mencipta solusi peralatan tempat tidur yang mewah dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Misalnya, diperlukan 1,000 pokok getah untuk memproduksi tilam Getha bersaiz king, mempamerkan hubungan mendalam dan sokongan kami terhadap industri getah. Dengan menggunakan 100% susu getah asli, kontribusi kami kepada pengelolaan ladang pokok getah yang konsisten, memastikan daya hidup dan pertumbuhan industri penting ini.”
Komitmen Getha terhadap kualiti dan kemampanan telah mendorong pengembangannya ke lebih 30 negara, termasuk Australia, Korea Selatan, Thailand, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Sepanyol dan banyak lagi. Kehadiran global ini membolehkan Getha dengan bangganya mempromosikan ketukangan Malaysia dan produk getah asli, meningkatkan reputasi antarabangsa amalan lestari Malaysia.
Dalam rangka sambutan hari Merdeka, Jerayawara Getha menawarkan kesempatan unik untuk merasai produk dan warisan jenama itu. Acara ini menyerlahkan rangkaian luas barangan Getha yang direka dengan teliti, mencerminkan kualiti luar biasa dan perhatian terhadap perincian yang sinonim dengan jenama itu.
Getha melancarkan barisan tilam baharu secara eklusif di pameran itu, khususnya, termasuklah 'Green Valley,' 'Golden Gate,' 'Boston Dream,' dan 'Victoria Park.' Setiap tilam menampilkan ciri-ciri inovatif seperti vegan, tahan api , diselitkan minyak zaitun dan menggabungkan fabrik viscose untuk keselesaan tambahan.
Selain itu, pameran 6 hari itu menawarkan pelbagai aktiviti, termasuk lukisan karikatur, kawasan permainan kanak-kanak, sudut mewarna, gerai foto dan mesin gashapon untuk hadiah cabutan bertuah. Promosi eksklusif seperti diskaun dan tawaran Bayar dengan Pembelian (PWP) tersedia, membolehkan pembeli meneroka pelbagai jenis produk, daripada tilam dan bantal kepada barangan bayi dan aksesori rumah.
Getha ialah jenama gaya hidup, menampilkan keajaiban 100% lateks semulajadi untuk hari pertama anda hingga setiap hari. Diilhamkan oleh perkataan asli – getah, nama jenama itu dipilih dengan teliti untuk mewakili jenama yang sememangnya berasal dari Malaysia, sebuah negara tropika yang terkenal dengan getah berkualiti tinggi dan produk lateks asli, sejak tahun 1969.
Getha menjemput pengunjung dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Pameran Getha di 1 Utama Centre Court (Sayap Baharu) dari 6 hingga 11 Ogos 2024 dan alami sendiri kemewahan inovasi produk baharunya sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: tapak web Getha, atau ikuti Getha di media sosial: Instagram (@gethabedding), Facebook dan YouTube (@Getha).