Introduksi Platform 'myBarber', Lancar Aplikasi Khidmat 'Gunting Rambut' Pertama Di Malaysia

oleh: zizi hashim

Aplikasi inovatif terkini, myBarber, yang direka khas untuk menyelaraskan tempahan dandanan rambut, melancarkan versi beta terbukanya secara rasmi di SneakerLAH di MITEC, Kuala Lumpur pada 3 November 2024 baru-baru ini. Dibina untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat tempahan atau temujanji perkhidmatan gunting rambut di rumah atau di kedai gunting rambut, myBarber merapatkan jurang antara pelanggan dan tukang gunting rambut terbaik, menawarkan kemudahan, kecekapan dan kualiti yang boleh diakses pada bila-bila masa. 

Sebagai Platform utama di Malaysia untuk perkhidmatan gunting rambut secara atas talian, myBarber menghubungkan pelanggan dengan tukang gunting rambut yang mahir untuk temu janji dandanan yang mudah, sambil memberi kuasa kepada tukang gunting rambut dengan alatan pengurusan tempahan, analisis perniagaan dan strategi untuk memperluaskan jangkauan dalam era digital.

Dihoskan oleh hos radio FlyFM Haniff Hamzah dan Bidin Al Zaifa dari Waknat TV, acara pelancaran menampilkan majlis pelancaran beta terbuka untuk aplikasi myBarber, siaran langsung pertandingan gunting rambut, dan sesi edukasi khusus mengenai penjagaan rambut yang diketuai oleh pakar industri terkenal. Majlis itu turut dirasmikan oleh pengasas TODAK Azlan Zainal, Pempengaruh dan Pengasas Joe's Barbershop, Safuan Bachtiar dan Ketua Pegawai Eksekutif Retrobee, Firdaus Aziz.

“Visi dan objektif kami adalah untuk memberi imaginasi pengalaman gunting rambut dengan menjadikannya lebih fleksibiliti, mudah diakses untuk semua orang dan mesra pengguna.” kata Hazman, pengasas bersama myBarber. “Dengan myBarber, pelanggan boleh berhubung dengan tukang gunting berkemahiran tinggi di sekitar kawasan mereka, dan tukang gunting pula boleh menggunakan alatan digital untuk meraih pelanggan baru dan mengembangkan perniagaan mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang mereka mahu."

myBarber merevolusikan transformasi proses tempahan dandanan tradisional, membolehkan pengguna untuk menjadualkan temujanji khidmat potongan rambut, menyemak imbas portfolio tukang gunting rambut berdekatan dan membuat pembayaran tanpa tunai dengan lancar dan mudah, semuanya melalui satu aplikasi. Platform ini juga menyokong tukang gunting rambut bebas dengan membantu mereka meraih pelanggan baharu, menawarkan alatan digital untuk mengurus temujanji dengan lebih baik, dan memperkasakan mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan mudah.

Inisiatif inovatif myBarber yang dikuasakan oleh sebuah jenama tempatan yang tidak asing lagi di Malaysia, TODAK. Memetik kata-kata pengasasnya, Azlan Zainal, myBarber ialah sebuah usaha baharu yang memberikan kelainan berbanding aplikasi tempahan lain. Idea untuk mewujudkan kemudahan ini mula tercetus ketika pandemik melanda seluruh negara di mana orang awam memerlukan khidmat pemotongan rambut di rumah.

Aplikasi myBarber menawarkan faedah unik kepada pelanggan dan tukang gunting: 
● Untuk Pelanggan: Pengalaman tempahan yang diperkemas untuk perkhidmatan rumah atau kedai gunting rambut, menyemak imbas profil tukang gunting tempatan, melihat penilaian dan membuat pembayaran tanpa tunai. Notifikasi peringatan membantu pengguna mengingati temu janji. 
● Untuk Tukang Gunting Rambut dan Pemilik Perniagaan: Alat untuk mengurus tempahan, mengakses analitik perniagaan, dan melihat trend pelanggan. Tukang gunting rambut bebas boleh menggunakan myBarber untuk mengembangkan asas pelanggan mereka dan meningkatkan jangkauan mereka.

Untuk kemaskini, ikuti myBarber di media sosial: 
● Instagram: @mybarberhq 
● Facebook: myBarber 
● Laman Web: barber.my