oleh: zizi hashim
Sempena ulang tahun pertama, Brïk dengan bangga dan penuh rasa teruja memperkenalkan 21 produk tas tangan baru kepelbagaian warna dan rekabentuk yang dicipta khas buat semua pencinta jenama mereka dan penggemar fesyen khususnya beg.
Produk beg dengan pelbagai rekabentuk yang diilhamkan Brïk mempunyai signatur tersendiri — warna warni ‘menjerit’ Chroma yang sentiasa memikat dan elegan kini akan menjadi lebih meriah apabila empat beradik iaitu Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira, siap siaga memperkenalkan serta menambah kemeriahan introduksi ‘keluarga’ ini. Hanya dalam jangkamasa setahun ulang tahun pertama perniagaan, jenama dan empayar mereka sudah sukses membuat ramai penggemar fesyen jatuh hati dengan Brïk.
“Ogos adalah bulan yang sangat istimewa, signifikan dan tidak akan pernah dilupakan oleh kami apabila sebuah mimpi yang kami cantum akhir menjadi realiti dan semakin berkembang.“ ujar Nashrul mewakili adik-beradik yang lain. "Kami ilhamkan Brïk bersama, apabila mengenang dan melihat semula ke belakang tentang tempoh satu tahun usianya, memang tidak semuanya manis tapi harus kami banggakan kerana tidak pernah mengalah dan berputus asa.“
Atas rasa apresiasi dan terima kasih atas sambutan luar biasa ditunjukkan oleh penggemar mereka, Brïk telah meraikan ulang tahun pertama mereka di Rooftop,Level 4 Avenue K Shopping Mall pada tanggal 17 dan 19 Ogos baru-baru ini bersama artis-artis, pempengaruh serta penggemar setia jenama mereka. Lebih istimewa lagi ialah pada majlis yang berlangsung selama 2 hari itu, turut diadakan pelancaran 21 produk beg baru dengan kepelbagaian variasi warna dan rekabentuk dari Brïk yang pastinya membuat ramai pulang dengan poket kosong, dek akibat memborong kesemua koleksi beg terbaru.
Dengan introduksi 21 keluaran terbaru ini, Brïk berharap ianya akan menjadi pelengkap gaya yang paling berbaloi kerana boleh digunakan dalam pelbagai majlis melalui ‘sistem’ suai padan.
“Brïk bukan saja memperkenalkan 21 warna baru, atas permintaan yang cukup menggalakkan Brïk juga mengembalikan warna-warna asal beg sebelum ini.” tambah Brina penuh teruja. Dalam tempoh satu tahun usia telah banyak mengajar Brïk agar terus bergerak positif dan inovatif. Maka ucapkan selamat datang kepada ‘keluarga baru Brïk. ‘Mereka’ termasuklah Chroma Bag yang mendapat sentuhan ‘manis’ materi dari denim! Denim Chroma Bag akan kelihatan sangat klasik namun anggun sesuai untuk semua majlis.
Tidak cukup dengan keluaran Denim Chroma Bag, penggemar beg tote sila siapkan poket anda. Penggemar satin dan beg jenis tote jangan lepaskan peluang ini. Diperbuat daripada fabrik satin berkualiti tinggi, semua golongan boleh menggayakan Posh Tote tanpa kekangan.
Sama ada mahu menggunakan Posh Tote untuk bersiar-siar atau dikendong ke pejabat dengan isian laptop 13 inci, buku mahukan iPads dengan sangat bergaya serta para ibu yang mengikuti perkembangan fesyen terkini lalu memastikan barang-barang keperluan bayi dan anak-anak terisi kemas, Posh Tote edisi satin ini akan membuat anda sentiasa yakin diri dan praktikal untuk para ibu yang selalu sibuk dengan jadual yang padat. Terakhir sekali, satu lagi produk Brïk yang amat sukar ditolak iaitu Petite Chroma (Crossbody Bag) yang merupakan koleksi terbaru, inspirasi dari ‘best selling chroma’ Brïk yang merupakan versi mini. Ia boleh dipakai secara crossbody atau dompet kecil.
Apa yang pasti, Brïk telah menjadi sinonim dengan kualiti, inovasi dan estetika abadi berdasarkan koleksi Cherie yang ikonik kepada barisan Chroma yang lebih besar, setiap ciptaan menceritakan kisah keghairahan dan dedikasi. Diperbuat daripada bahan premium dan berkualiti tinggi, tas tangan serbaguna direka untuk semua demografi, gabungan bentuk dan kepraktisan selari yang membolehkan semua orang mempamerkan gaya mereka dengan stylo.
Sambutan ulang tahun pertama telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu istimewa Brïk iaitu para pempengaruh tempatan serta dari Indonesia. Mereka termasuklah Baim Wong, Paola Serena, Tyna Dwi Jayanti, Hellua Schuldt Hadi,Catherine Sumitri, Cindy Karmoko dari Indonesia yang bergabung menjadikan majlis ini istimewa bersama barisan pempengaruh tempatan iaitu Leona, Yaya Zahir, Pinn Yang, Johanis Sani dan Azfarheri.
“Kehadiran mereka dalam ulang tahun pertama Brïk bukan sekadar jemputan kerana status pempengaruh tetapi lebih kepada rakan-rakan yang banyak menyokong perjuangan bisnes yang kami tekuni selama satu tahun ini."ujar Amirul pula. “Sama seperti kami sangat menghargai penggemar atau penyokong Brïk begitu juga kami berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang pernah atau bakal terjalin dengan semua pempengaruh yang sudi meluangkan masa bersama kami pada hari bermakna itu.” tambahnya lagi dengan senyuman.
Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif juga disediakan pada hari bersejarah itu. Tetamu yang hadir ebas untuk menggubah sendiri bunga-bungaan dari pretty bunga atau mengabadikan momen berulang tahun bersama Brïk dari photobooth dan bilik foto dan dibawa pulang sebagai kenangan.
Ulangtahun perdana Brïk telah disambut dengan meriahnya di Rooftop, Level 4 Avenue K Shopping Mall baru-baru ini. Ramai penggemar telah berkenalan dengan produk terkini Brïk yang penuh sensasi serta meraikan ulang tahun perdana Brïk bersama-sama.