oleh: zizi hashim
Petang tadi Fazura ajak ngopi. Jom lah pergi, apa tunggu lagi…
Kopi itu candu. Walau rasanya pahit, kadang-kadang payau, namun paling enak diminum saat hati galau dan jiwa kacau. Hidup di zaman generasi hipster, hampir majoriti kecanduan kopi, sila lah akui. Katanya kopi beri inspirasi, punyai nikmat tersendiri dan mampu hindari depresi. Bukan saja dari rasa tetapi juga dari aroma nya yang wangi. Apatah lagi kalau kopi itu berhasil buat kita hilang beberapa inci dan beberapa kg. memang lagi lah ramai sanggup beli. Dan kalau yang jual tu selebriti?
5 November tarikh termetrai, majlis pelancaran produk terbaru melalui jenama TrullyDolly – TrulyCaffe yang rendah kalori. Kopi diet tanpa gula didatangkan dalam 2 perisa, pastinya Fazura memilih yang kena dengan citarasanya, iaitu Caffe Latte dan Buttercream Latte. “Kita ambil masa yang agak lama juga untuk R&D, banyak yang kita kaji itu ini. Akhirnya, Faz pillih 2 perisa ini sebab Faz suka rasanya yang ‘kuat pahit’ kopi juga lemak berkrim. Kopi diet ini bukan untuk perempuan sahaja tau, malahan juga untuk lelaki. Trully Jadi, Faz gerenti.” tutur Fazura senyum manis.
Majlis pelancaran produk yang berlangsung di Mandarin Oriental KL ini diserikan juga dengan kehadiran sang suami, Fattah Amin dan anak kesayangan, Fatima. Sepanjang majlis berlangsung, Fattah Amin setia disisi memberi sokongan padu buat isteri tercinta. Menyaksikan persembahan menarik dari Yonny Boii dan Ippo Hafiz, petang terasa santai saat sama-sama menikmati kopi sambil berdiskusi. Nuansa klasik dan hipster terasa menyelubungi sembang petang sambil menikmati hi-tea yang terhidang.
Fazura dengan nada teruja menyambung cerita “Syukur alhamdulillah, perniagaan produk gaya hidup sihat yang Faz mulakan 5 tahun lepas masih terus berinovasi. Walaupun Faz busy dengan famili tapi tetap kena jaga penampilan diri. Faz curi juga lah masa untuk hasilkan produk berkualiti macam kopi ini. Faz mempunyai ambisi mahu semua pun sama-sama sihat dan yakin diri.” Figura yang sentiasa humble dari dulu hingga kini, sangat mesra dengan semua, tidak melepaskan peluang minum kopi dan selfie.
Kopi premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti diperkaya dengan ekstrak Garnicia Cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang berpotensi membantu diet dan mengawal berat badan. “Faz mahu harga mampu milik buat semua, jadi untuk harga RM47 setiap paket ada 7 sachet bagi program diet seminggu. Faz suka minum kopi, sebab nak kekalkan gaya hidup sihat dan jaga penampilan diri juga. Semoga semua suka kopi ni, dan Faz tunggu feedback dari anda semua.” Kopi yang sedap rasanya, dapat membekal tenaga dan pada masa yang sama, membakar lemak dengan segera. Jom kurus dalam masa 7 hari, trully jadi.
Ketika di tanya tentang projek terbaru, Fazura secara jujur mengakui agak gementar setelah lama tidak berlakon. Buat masa ini, Fazura sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu “Lelaki Itu” yang dijadualkan tayangan pada bulan Ramadhan 2024. “Faz risau juga lama dah tak berlakon, memang mencabar tapi berkat doa semua dan sokongan ramai, Faz masih mampu laksanakannya.” Si cantik manis yang tidak lekang mengucapkan rasa syukur ini turut memberi komen tentang isu palestin. Lama terdiam, tunduk dan nampak terkesan, Fazura menyeru semua pihak untuk terus memboikot produk atau jenama yang berkaitan dengan Israel. “Ini jihad kita, apa saja produk yang menyumbang kepada zionis untuk hancurkan saudara kita di palestin, wajib kita boikot. Cara ini terbukti, saham mereka dah jatuh. Banyak kedai dah tutup. Sikit-sikit dah mula nampak, teruskan jihad kita.”
Fazura dan kopi, adalah dua hal yang sama, dua-dua bikin jatuh cinta...