oleh: zizi hashim
Universal Music memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik’ kepada orang ramai manakala Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan buat rakyat Malaysia. Dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara dan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, kolaborasi terbaru bersama Universal Music Malaysia dalam memperkenalkan era baru sinergin antara kesejahteraan dan muzik.
Usahasama ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN setelah menyedari potensi NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat. Ini adalah sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak untuk mempromosikan kesejahteraan dan kebahagiaan disamping meluaskan manfaat NMN kepada masyarakat sekaligus menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot secara asas untuk kehidupan rakyat Malaysia.
Dilantik sebagai Duta Zeleb+ NMN, Ernie Zakri menemukan kecergasan stamina dan keremajaan semula melalui produk tersebut. “Saya tahu pentingnya keseimbangan buat seorang ibu, penyanyi, penulis lagu dan selebriti yang melalui hari-hari penuh dengan kesibukan. Harus bijak membahagikan masa antara usaha kreatif dan komitmen keluarga, saya perlu kekalkan tenaga untuk berjaya mengendalikan semua tanggungjawab. Memang sangat mencabar namun saya sudah jumpa senjata rahsia.” tutur Ernie Zakri ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Zeleb+ NMN pada 8 Mei 2024 bertempat di ibu pejabat Arena Watsons, Exchange 106.
Artis berbakat besar itu berkata, Zeleb+ NMN dapat memberikan ransangan tenaga kepada seorang ibu sepertinya yang memerlukan banyak tenaga dalam menguruskan keluarga. “Lebih mudah untuk saya meluangkan masa bermain dengan anak perempuan saya dari siang ke malam setelah mengambil Zeleb+ NMN ini. Ia sangat membantu saya menjadi lebih bertenaga dan menjadi ibu yang lebih baik.” tambahnya. Ernie Zakri tampak cantik dan comel pada petang itu berbusana shocking pink dengan celana hitam, sentiasa menguntum senyum manis kepada para peminatnya.
“Sebagai penyanyi, saya percaya ketetapan dan kejelasan memainkan peranan penting dalam setiap persembahan saya. Zeleb+ NMN lah ‘senjata rahsia’ yang membantu saya kekal fokus dengan fungsi kognitif.” Secara keseluruhannya, Zeleb+ NMN telah menjadi sebahagian daripada rutin harian Ernie. “Bukan sahaja memberi tenaga yang luarbiasa, tetapi juga untuk meremajakan kulit, sentiasa tampak muda remaja dari usia sebenar.” ujarnya usai mendendangkan lagu “Masing Masing” khusus buat peminatnya pada sidang media pelancaran itu.
Pelanggan boleh mendapatkan Zeleb+ NMN dari Watsons Store terpilih, aplikasi dan website Watsons. Dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan produk, Surya menyediakan penyelesaian premium untuk kesihatan dan kesejahteraan. Dengan bangganya diperakui sebagai produk halal, mereka memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang dihargai.