Dalam durasi 94 minit, filem arahan Bambang Drias ini menggabungkan unsur psikologi dan supernatural, diperkukuhkan dengan teknologi audio Dolby Atmos yang mencipta pengalaman menonton mengasyikkan. Filem ini turut mengupas isu-isu sosial dan hubungan kekeluargaan yang kompleks dalam masyarakat tradisional. 'Anak Kunti' berlatar belakang era 90-an, mengisahkan Sarah seorang pelajar sekolah pondok yatim piatu yang kembali ke Desa Wonoenggal untuk mencari jawapan tentang asal-usul keluarganya. Kepulangannya ke kampung halaman membangkitkan satu siri peristiwa seram apabila kemunculan Kuntilanak yang dipercayai merupakan jelmaan ibu kandungnya, yang meninggal dunia ketika melahirkan anak kembar semasa kekacauan desa...
Read More