Dengan sifat naif dan kelembutan mengusik hati, Paddington seolah-olah memegang tangan saya dan membawa saya menjelajah ke dunianya yang penuh warna. Pelik sungguh, meski ini pertemuan pertama, rasanya seperti sudah kenal lama. Setiap babak digarap dengan kehangatan yang sukar digambarkan. Saya gelak besar bila Paddington ketawa, risau bila dia dalam kesusahan, dan gembira bila dia bahagia. Tanpa sedar, saya telah larut dalam dunianya. Edukasi tentang erti sebuah keluarga, bukan hanya yang terikat dengan darah, tetapi terikat dengan kasih sayang dan peringatan bahawa masih ada ruang untuk kasih sayang, dan secawan teh bersama sandwich marmalade...
Read More