oleh: zizi hashim
36 tahun setelah filem pertamanya, sekuel dari Beetlejuice (1988), Beetlejuice Beetlejuice (2024), akhirnya ditayangkan untuk menjawab penantian para antusias filem fantasi komedi seram karya klasik Tim Burton. Sama seperti filem terdahulu, Beetlejuice Beetlejuice menghadirkan kembali nuansa gothik khas, dipadukan dengan sentuhan segar komedi gelap yang memikat. Cukup dikenali sebagai sutradara legendaris Hollywood dengan reputasi karya-karya eksentrik dan estetikanya, kali ini Tim Burton menggarap Bettlejuice Beetlejuice menjadi seronok di tonton, dengan pembaharuan dari sisi cerita dan eksplorasi karektor.
Tiga bintang utama dari filem pertama Beetlejuice kembali lagi di sekuel kali ini, di antaranya Michael Keaton yang memegang watak ikonik Betelgeuse, Winona Ryder dan Catherine O'Hara. Selain mereka, beberapa pelakon baru turut membuat penampilan termasuklah Jenna Ortega, Justin Theroux, Monica Belluci dan Willem Dafoe. Apa yang membuat filem ini menarik padahal ceritanya aneh dan terkesan kacau-bilau? Kalau tanya saya, tentunya Tim Burton membungkus cerita 'tidak masuk akal' ini menjadi pengalaman yang enjoyable, sekaligus mengklasifikasikan Beetlejuice sebagai filem fantasi unik pada era 80an.
Dengan latar-belakang 36 tahun selepas peristiwa filem sebelumnya, Beetlejuice Beetlejuice kini memfokuskan kepada perihal Lydia Deetz (Winona Ryder) yang telah dewasa, menjadi pengacara program talk show bertemakan paranormal di New York. Lydia, dikenali sebagai psychic, membantu tetamu mengatasi masalah supranatural di hadapan penonton studio.
Lydia merasakan kehadiran Beetlejuice (Michael Keaton), hantu yang mengaku sebagai bio-exorcist yang nyaris menikahinya 36 tahun lalu. Setelah kematian ayahnya, Lydia kembali ke rumah masa kecilnya di Winter River bersama ibu tirinya, Delia (Catherine O'Hara), dan puterinya, Astrid (Jenna Ortega). Hubungan dingin antara Lydia dan Astrid, menambah kerumitan hidup Lydia. Astrid yang menganggap ibunya hanya paranormal palsu, juga harus berjuang menghadapi kehilangan ayahnya dan keinginan Lydia menikahi pengurusnya, Rory (Justin Theroux). Astrid lalu bertemu Jeremy (Arthur Conty), yang tanpa sedar membuat dirinya masuk ke alam akhirat dan berurusan dengan Beetlejuice.
Tidak lari jauh dari filem pertama, penonton bakal merasai pengalaman menonton yang memang tidak akan terasa make sense langsung. Namun, ketiadaan logika dan ciri-ciri karut itu memang serasi dengan karektoristik sang watak utama di filem ini, iaitu Betelgeuse, serta menepati dengan komedi yang dihadirkan lewat jalan ceritanya. Bagi yang sudah pernah menonton filem pertama, Beetlejuice Beetlejuice jelas membangkit nostalgia kerana nuansa filem pertamanya masih terasa begitu kental di sekuel ini.
Kembalinya Michael Keaton, Winona Ryder dan Catherine O'hara pada karektor asal mereka sudah pasti menambahkan lagi kesan nostalgik. Aksi Michael Keaton sebagai Beetlejuice menjadi hiburan utama filem berdurasi 105 minit ini. Pesona Winona Ryder juga menandakan transformasi dan perjalanan panjang karektor sang aktres. Kehadiran pelakon baru seperti Jenna Ortega dan Arthur Conty juga menambah dinamika karektor dalam filem ini. Begitu juga dengan karektor Wolf Jackson (Willem Dafoe) yang kehadirannya meski tak menentu selalu menambah momen komedi yang unik.
Menariknya, Beetlejuice Beetlejuice sebenarnya menjadi proses pengembangan karektor untuk Lydia Deetz. Siapa sangka, remaja gothik gelap yang ditampilkan di Beetlejuice akhirnya menjadi figura seorang ibu di sekuelnya. Itulah sebabnya, Beetlejuice Beetlejuice fokus dalam memperlihatkan perjuangan Lydia untuk menjadi figura ibu yang baik untuk Astrid Deetz. Berbanding filem pertama, unsur kekeluargaan dalam sekuel ini terasa lebih mendalam.
Michael Keaton ternyata masih sangat mampu untuk memegang watak Betelgeuse. Performa penampilan Keaton sama sekali tidak jauh berbeza dengan penampilan sebelumnya. Keaton masih berhasil menampilkan sisi kurang siuman, bodoh, dan tidak bermoral dengan sangat lancar, seakan tiada jurang 36 tahun dari penampilannya. Secara visual, Beetlejuice Beetlejuice kekal setia kepada sentuhan gelap Tim Burton. Nuansa Halloween yang kuat, hiasan menyeramkan yang memenuhi rumah, dan watak unik menjadikan filem ini seronok ditonton. Namun begitu, agak cacat dalam naratifnya. Jalan cerita kadangkala terasa terlalu melompat-melompat dari satu watak ke watak lain, membuatkan penonton kurang berhubung dengan emosi watak.
Banyak referensi dari filem pertama yang dibentangkan dalam Beetlejuice Beetlejuice. Sentuhan muzik dari Danny Elfman yang memang sering berkolaborasi dengan Burton, seperti pada Beetlejuice dan Batman (1989), menambah kesan filem ini memang menjadi salah satu karya klasik dari Burton. Ritma pantas dan humor segar, membawa penonton Beetlejuice Beetlejuice ke dunia Tim Burton yang unik dan magis. Pada akhirnya, bagi penonton yang mencintai filem pertamanya, Beetlejuice Beetlejuice ini berasa teruja dan mengasyikkan. Penonton yang belum menonton filem pertama tidak akan menghadapi masalah untuk menikmati komedi seram yang menghiburkan ini.
Ikatan Ryder dan Ortega mencerminkan hubungan ibu dan anak yang organik. Karektorisasi yang dibawakan keduanya membentuk dinamika filem untuk bergerak maju. Relay love-hate yang pada awal menjauh menjadi dekat pada babak akhir. Beetlejuice Beetlejuice menjadi wahana yang menyenangkan untuk membawa komedi tentang kematian, drama keluarga tentang hubungan anak remaja perempuan dan ibunya, serta bagaimana keduanya saling mengatasi krisis yang terjadi. Beetlejuice Beetlejuice bermula tayangan di pawagam Malaysia mulai 6 September 2024. Jom???