'Kemah Terlarang Kesurupan Massal' Bongkar Tragedi Histeria, Kisah Benar Di Yogyakarta

oleh: zizi hashim

Terinspirasi dari kisah benar tragedi histeria dan kerasukan beramai-ramai yang berlaku di Yogyakarta pada tahun 2016, 'Kemah Terlarang: Kesurupan Massal' (KTKM) mengangkat tema yang menarik. Filem ini digarap oleh Ginanti Rona dan Lele Laila, pembikin filem berpengalaman dalam genre seram. Setelah sukses dengan filem 'Qorin' (2022) dan 'Pemandi Jenazah' (2024), yang masing-masing meraih lebih dari 1 juta penonton, harapan terhadap filem terbaru mereka tentu membawa ekspektasi tinggi. Namun, apakah 'Kemah Terlarang: Kesurupan Massal' mampu memberikan pengalaman seram yang memuaskan?

Mengadaptasi kisah benar menjadi sebuah filem tentunya memiliki cabaran tersendiri. Penulis harus menjaga keaslian cerita sambil tetap mempertimbangkan privasi dan aspek-aspek yang tidak seharusnya dipublikasikan. Dalam hal tersebut, Lele Laila sebagai penulis adaptasi menunjukkan kemampuannya dalam menghidangkan cerita yang mudah difahami tanpa kehilangan elemen suspense-nya. Penonton diajak mengenal karektor utama di awal filem dengan cara yang sederhana. Setelah itu, mereka dihadapkan pada konflik menarik, di mana banyak peserta perkhemahan mengalami kerasukan secara serentak akibat gangguan para penunggu hutan. Dalam kejadian kerasukan beramai-ramai ini, salah satu entiti yang merasuki peserta adalah sosok raja dan Roro Putri dari Kerajaan Mataram. 

Dengan pengemasan ini, penonton dapat merasakan intensiti adegan seram tanpa rasa terbeban oleh jalan cerita yang terlalu rumit. Karektor Roro Putri (Ninha Fitria), yang merasuki siswi bernama Rini (Callista Arum), ternyata memiliki latar belakang sejarah yang meminta kisahnya dipentaskan dalam sebuah drama. Diceritakan bahawa ia adalah seorang gundik raja yang belum cukup umur untuk berkahwin. Roro Putri pun dirawat dan dididik hingga dewasa, di mana saat itu ia bertemu dengan pangeran, putera dari raja yang kelak dijodohkan dengannya. Keduanya saling jatuh cinta dan menyebabkan hubungan terlarang. Saat raja mengetahui hal ini, kemurkaannya memaksa sang pangeran menghadapi pilihan sulit. Kisah ini merujuk sejarah Amangkurat I, raja yang memerintah pada abad ke-17, tepatnya dari 1646-1677. Cerita Roro Putri dan pangeran kerap muncul dalam seni budaya, dan di filem ini, kisah tersebut dihadirkan melalui pementasan drama.

Kredibiliti lakonan para pemegang watak yang menyentuh emosi, dukungan naratif dalang, serta iringan gamelan dan sinden, adegan drama ini memberikan dimensi unik yang membuat filem seram ini hidup dan menarik. Sesuai judulnya, filem ini menggambarkan peristiwa kerasukan beramai-ramai yang terjadi di perkhemahan. Pengalaman yang seharusnya menyenangkan berubah perlahan menjadi duka yang mengerikan, dengan suasana mencengkam yang terbangun secara bertahap.

Setelah beberapa peserta mengalami kerasukan, jawatankuasa berusaha untuk menghantar mereka pulang. Namun, pelbagai perkara tak terduga mulai terjadi, membuat para ahli jawatankuasa ikut dilanda ketakutan dan kebingungan. Dalam situasi genting ini, penonton seakan ikut terseret ke dalam suasana panik dan terjebak bersama para karektor. Rakaman shot-shot yang efektif, ketepatan premis lokasi dan penampilan pemain yang ketakutan membuat atmosfera 'KTKM' ini benar-benar cemas, tegang dan intens.

Salah satu daya tarik utama filem ini adalah cara penyampaian atmosfera mistik yang kuat. Sutradara Ginanti Rona sukses menciptakan suasana mencengkam dengan sinematografi yang memukau. Perpaduan transisi gambar halus dan color grading menawan memantapkan nuansa seram tanpa terkesan berlebihan. Penonton seolah dibawa masuk ke dalam hutan Wana Alus yang penuh dengan ancaman ghaib. Selain itu, pengambilan gambar yang intens membuat penonton merasa terperangkap dalam ketegangan yang tak henti-hentinya. Aspek lain yang menarik adalah penggunaan bahasa Jawa krama inggil dan krama alus yang menguatkan kesan cultural dalam filem ini. Dengan sentuhan khas Yogyakarta, bahasa ini tidak hanya menambah keaslian tetapi juga memperkaya pengalaman menonton.

Meski 'KTKM' mampu menghidangkan cerita yang mudah diikuti, beberapa elemen dalam film ini terasa kurang original. Beberapa bahagian cerita mengingatkan pada filem seram popular yang familiar, seperti penggunaan pakaian adat Jawa pada penari, kehadiran ular, dan suasana hutan yang mengingatkan kepada filem 'KKN di Desa Penari' (2022), yang juga ditulis oleh Lele Laila. Hal ini membuat sebahagian penonton merasakan bahawa filme ini tidak menawarkan sesuatu yang baru, sehingga di beberapa bahagian terasa generik. Beberapa elemen mungkin terasa 'pernah ditonton', tetapi 'Kemah Terlarang Kesurupan Massal' tetap berhasil menghadirkan pengalaman suspense yang menghibur. 

Filem ini juga menyampaikan mesej moral yang mendalam, mengingatkan kita supaya menghormati adat dan budaya tradisi suku kaum tertentu. Konsep "kulo nuwun" yang menjadi salah satu tema utama menunjukkan kepentingan meminta izin sebelum memasuki tempat yang dikawal oleh roh halus. Ini diperkukuhkan lagi dengan watak Mbah Sonto yang dilakonkan dengan baik oleh Landung Simatupang yang memberi amaran kepada peserta kem supaya tidak mengganggu persembahan sedia ada. Justeru, 'KTKM' bukan sekadar filem seram biasa, tetapi turut menerokai aspek kerohanian dan budaya yang kaya.

Tidak hanya bergantung pada jumpscare murahan, malah membina nuansa cemas dan seram melalui suasana mistik yang tegang, sambil tetap menyampaikan mesej tentang kepentingan menghormati budaya dan adat resam tempatan. Kalau menurut saya, filem yang patut ditonton untuk peminat seram yang ingin merasai sensasi berbeza. Bermula dengan adegan seorang penulis yang ingin menulis buku tentang tragedi histeria dan kerasukan besar-besaran. Dalam proses penyelidikannya, dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Miko (Fatih Unru) yang merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam acara perkhemahan pelajar sekolah vokasional pada tahun 2016 itu.

Filem 'Kemah Terlarang Kesurupan Massal' juga menampilkan adegan yang cukup sadis untuk dilihat dan dipenuhi dengan darah. Secara peribadi saya merasa sangat takut sehingga hampir menutup mata pada 2 babak yang terlalu seram nuansanya iaitu pada ketika jelmaan Roro Putri berkongsi satu sleeping bag bersama Rini memeluknya dari belakang lantas berbisik "Mari ikut saya!" hampir seluruh panggung menjerit ketakutan. Dan juga pada ketika Nayla sesat seorang diri di dalam hutan dan bertembung dengan hantu pocong yang tiba-tiba menjelma dari belakangnya. Kemunculan hantu pocong berbungkus kain kafan itu benar-benar meremangkan bulu tengkuk dan kemudiannya merasuk Nayla yang 'kepanasan' meminta dibungkus dengan kain kafan. Nayla tidak akan tenang selagi tidak dibungkus dengan kain kafan itu.

Dalam durasi 110 minit, dengan atmosfera  kuat dan nuansa seram yang kental, filem ini memberikan sensasi ketakutan yang tersendiri. Sudah berada di seluruh pawagam Malaysia bermula dari 26 Disember 2024, agaknya bila kamu mahu pergi menonton 'Kemah Terlarang: Kesurupan Massal'?