oleh: zizi hashim
Diklasifikasikan sebagai filem 'sampah', filem ini merupakan satu kesilapan besar, yang hanya menconteng arang dan mencemarkan legasi watak tokoh komik kesayangan ramai. Filem 'Hellboy: The Crooked Man' (HTCM) heboh diperkatakan sebagai bencana dari awal hingga akhir dan gagal dari segi setiap aspek pembikinan filem. Ini berdasarkan daripada skripnya yang biasa-biasa kepada persembahannya yang hambar dan kesan visual yang memalukan. Saya turut bersetuju dengan klarifikasi itu meski ada beberapa babak yang saya rasakan OK tapi hanya sekadar OK, tidak lebih.
Plot yang sepatutnya menjadi penjelajahan gelap dan mendebarkan pengembaraan Hellboy di kawasan hutan rimba Appalachian, sebaliknya terasa seperti urutan cliche yang tidak dirangkai dengan baik dan kiasan seram yang langsung tidak memberi inspirasi. Rentaknya sangat mengerikan, terpaksa menyeret kaki melalui jalur panjang yang membosankan, membuat penonton bingung, tidak faham ke mana arah fokus cerita dan menguap berulang kali. Sukar untuk mempercayai filem ini datangnya dari ruang fikiran seorang Mike Mignola, berdasarkan bagaimana HTCM telah di'sembelih' tanpa belas kasihan sehingga tidak dapat dikenal pasti.
Dipetik daripada Screent Rant, Hellboy telah menjadi waralaba yang digemari sejak ceritanya pertama kali muncul dalam jalur komik pada tahun 1993. Sejak itu, Hellboy telah dibuat menjadi 3 filem cereka, dengan dua filem pertama diarahkan oleh Guillermo del Toro. Pada 2019, Hellboy turut dibuat semula dibintangi oleh David Harbour, menjadikan The Crooked Man filem keempat dalam waralaba itu. Kali ini, HTCM digarap oleh sutradara Brian Clark, dan naskah filem ini ditulis oleh Mike Mignola bersama Christopher Golden dan Brian Taylor.
Filem thriller supranatural ini berkisar pada tahun 1950-an, menampilkan agen Adeline Rudolph dari Biro Penelitian dan Pertahanan Paranormal yang bekerja sama dengan Hellboy untuk melindungi penduduk Appalachia dari penjahat yang bekerjasama dengan iblis. Adegan dibuka dengan narator yang berbicara tentang "ada sesuatu di bukit ini" yang "berhantu." Kemudian adegan beralih ke lingkungan perkampungan dengan suasana seram sebelum beralih untuk mengungkap karektor utama Hellboy, yang mengatakan bahawa hutan ini "berbau seperti kematian."
Dari segi performa dan prestasi lakonan, para pemegang watak tampak sangat teliti memberikan gambaran tidak bernyawa, macam kayu dan kaku yang jauh di bawah bakat sebenar mereka. Hellboy sendiri direduksi menjadi karikatur satu dimensi, tidak memiliki pesona atau sebarang daya tarik dan depth yang sepatutnya menjadikan karektor tersebut ikonik. Paling menyedihkan, Hellboy tenggelam dalam filemnya sendiri, dengan tampilan karektor lain yang lebih menyerlah.
Dari segi visual pula, filem ini benar-benar merosak pemandangan. Efek khasnya kelihatan seperti ia telah dirobek daripada filem TV bajet rendah dari awal 2000-an. Rekabentuk makhluk dibuat seperti main-main, dan CGI dilaksanakan dengan sangat buruk sehingga ia membawa penonton terkeluar dari pengalaman sepenuhnya. Malah kesan praktikal, yang diharapkan menjadi rahmat penyelamat ternyata sangat buruk.
Arah tuju HTCM sama sekali tidak mempunyai sebarang motif, fokus atau keselarasan. Elemen seram gagal memberikan walaupun sedikit ketegangan atau ketakutan, sebaliknya bersandar pada jumpscare murahan yang tidak mengena. Nada filem juga bersepah merata-rata, cuba mengimbangi seram, aksi dan komedi gelap, tetapi tidak berjaya. Hasilnya adalah kucar-kacir yang tidak tahu apa kesudahannya. Saya jangka Hellboy akan menjadi wild ride yang penuh dengan aksi sengit, pertempuran epik dan jenis adegan yang memacu adrenalin.Sebaliknya apa yang saya dapat ialah filem diselubungi oleh dialog tidak berkesudahan yang membosankan.
Dan bahagian yang paling teruk? Kebanyakan perbualan itu bukan dari Hellboy sendiri. Dia nampak lebih seperti watak latar dalam filemnya sendiri. Kebanyakan watak lain yang memandu naratif, menyebabkan Hellboy diketepikan dan kurang dipergunakan. Filem ini berlarutan, dengan terlalu banyak perbualan yang tidak perlu dan tidak cukup dengan aksi yang diharapkan. Sejujurnya, saya sendiri rasa bingung. Saya duduk, menjangkakan pengembaraan badass, berapi-api dengan wira buku komik legenda, dan sebaliknya yang ada hanya kekacauan membosankan di mana Hellboy langsung tidak bersinar. Oh boy, it's hell!
Melangkah ke kemuncak filem sehingga tamat, perkembangan The Crooked Man sangat kabur, dan kehadirannya tidak menandakan sebarang jenis ketakutan atau bayangan di atas figuranya. Sebenarnya, segala-galanya, terutamanya dalam babak ketiga, mula mengubah perspektif filem 'sampah' kepada seram kos rendah yang berminat untuk menjadi seram subversif lebih daripada filem bersahaja, tidak menyebabkan sebarang jenis seram atau pun cuba untuk menjadi seram.
Ringkasnya, Hellboy: The Crooked Man sangat mengelirukan dengan plot yang mustahil untuk difahami. Terlalu try hard untuk menjadi dramatik dan menakutkan tetapi gagal dengan teruk, menawarkan tidak banyak hiburan. HTCM adalah kekecewaan terbesar dan membuang masa sepenuhnya. Tidak ada sebarang gembar-gembur untuk bermula, dan selepas menonton kekacauan ini, mudah untuk mengetahui sebab mengapa ianya 'sampah'. Mengecewakan...